Skip to main content

Posts

Zeti dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia __ ____________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sekali lagi dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia bagi 2014 oleh sebuah majalah perniagaan antarabangsa Global Finance . Ini adalah kali ke-11 Zeti dianugerahi pemeringkatan "A" untuk kepimpinan beliau dalam bank pusat Malaysia. Selain daripada Zeti, ketua bank pusat di India, Israel, Filipina, Arab Saudi, Switzerland dan Taiwan turut dianugerahi pemeringkatan "A" tahun ini. Majalah Global Finance's Central Banker Report Cards, yang diterbitkan setiap tahun sejak 1994 menggred gabenor bank pusat hampir 70 buah negara daripada gred "A" ke "F" mengikut kejayaan dalam bidang pengawalan inflasi, matlamat perkembangan ekonomi, kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Pada ...
AWER menggesa maklum balas daripada orang ramai mengenai mekanisme tarif air ________________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Tidak lama lagi kerajaan akan memulakan langkah awal mengadakan perbincangan dengan pemegang amanah harta di semua peringkat sebelum melaksanakan mekanisme telus untuk menentukan kadar tarif air, kata Persatuan Air dan Pengkaji Tenaga Malaysia (AWER) AWER, kumpulan pemikir bagi hal berkaitan air dan tenaga menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dalam memberikan maklum balas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai perkhidmatan air daripada pengusaha air. Ini bertujuan untuk membantu pihak suruhanjaya menilai prestasi pengusaha air untuk 'mengetatkan' Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). AWER berkata maklum balas turut mengambil kira gangguan bekalan dan kualiti air. "Ini adalah saat yang bersejarah, di mana orang awam akan berhubung terus sebelum tarif air diubah suai,...
PRIMA akan membina pembangunan berorientasikan pengangkutan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi di Seremban Sentral akan dijual di bawah 20% nilai pasaran _____________________________________________________________________________   Seremban: PRIMA Malaysia Corp mencadangkan pembangunan projek Seremban Sentral sama seperti KL Sentral yang akan menggabungkan perumahan dan kemudahan berulang-alik untuk penghuninya. Pengerusi PRIMA Tan Sri Dr Jamaludin Mohd Jarjis berkata, pembangunan ini adalah usaha sama antara KTM Bhd (KTMB) dan Brunsfield International Group yang akan memperlihatkan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi dibina di bahagian belakang stesen KTM. Projek ini meliputi tanah seluas 57 ekar (23.1ha) milik KTMB dan akan menyediakan kemudahan keretapi dan perkhidmatan bas. Terdapat juga pusat membeli-belah runcit, kemudahan kesihatan dan perubatan, sebuah kampus pendidikan, tempat letak kereta dan sebuah hotel bersebelahannya. "Ia seperti KL Sentral," ...
Ikea melaporkan jualan memberangsangkan Stockholm : Syarikat perabot gergasi Sweden, Ikea melaporkan peningkatan jualan tahunan, kebanyakannya dirangsangkan oleh peningkatan jualan di negara China dan pemulihan ekonomi di Eropah. Kumpulan Ikea yang mengepalai perniagaan perabot antarabangsa dengan perabot yang mempunyai gaya tersendiri serta harga berpatutuan, melaporkan bahawa peningkatan pendapatan sebanyak 5.7% iaitu 28.7 billion euro (RM118.08 billion) sehingga akhir bulan Ogos tahun ini. Pendapatan Ikea meningkat sebanyak 3.2% dalam jangka masa sama tahun lalu. "Negara China, sebuah negara yang sedang berkembang pesat, Amerika Utara pula sedang berkembang baik. Walaupun situasi ekonomi yang mencabar belum berakhir namun ekonomi Eropah semakin pulih, kata ketua eksekutif Peter Agnefjaell dalam satu kenyataan. "Kami melihat petanda positif dalam perbelanjaan pengguna dan amat gembira untuk melaporkan peningkatan jualan hampir kesemua pasaran kami, tidak ...
SPRM : TIADA PEMBERI, TIADA PENERIMA Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa sektor swasta agar proaktif dalam menangani rasuah dengan tidak menawarkan rasuah. "Jika tidak ada pemberi, maka tidak ada penerima. Dengan ini, pesanan saya kepada mereka yang berada di sektor swasta adalah berhenti memberi rasuah walaupun sektor awam meminta daripada sektor swasta, jangan beri, kata Pengarah SPRM Bahagian Forensik, Datuk IG Chandran di sesi kedua 2014 CPA Kongress dalam 'Driving a Competitive Future'. "Pihak syarikat harus bersedia untuk kehilangan beberapa kontrak, jika mereka mendapati terdapat elemen rasuah. Akhirnya, prinsip beretika akan berjaya," katanya. Panel ini dikendalikan oleh penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat. Dua lagi panel adalah pengarah utama kumpulan AMMB Holdings Bhd Ashok Ramamurthy dan Ketua Displin Pemasaran Monash University Malaysia Associate Professor Brian Low. ...
HANG TUAH : BELIAU DAN MITOSNYA Pada masa dahulu, beliau pernah menjadi hero yang dihormati tetapi kini legasi Hang Tuah dicemari dengan kontroversi. Apa pendapat anda mengenai Hang Tuah? Adakah beliau wujud? Terdapat pelbagai tekaan dan analisis, dakwaan dan anggapan mengenai kewujudan hero legenda, Hang Tuah. Di kaca tv, Facebook dan di tepi-tepi jalan raya di Melaka, ramai bertanyakan soalan ini. Lebih penting lagi, apa kaitannya Hang Tuah dengan kita hari ini? Pernah suatu ketika, dalam fikiran kita Hang Tuah adalah hero yang terhebat di seluruh dunia, lebih penting bagi kita semua adalah beliau merupakan hero rakyat Malaysia. Akan tetapi, tanpa disedari, beliau telah dipadamkan daripada fikiran kita. Ditambah pula, beliau pernah terbabit dalam kancah kontroversi. Setiap aspek dalam kehidupan beliau daripada kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Sultan kepada keturunan beliau menjadi perdebatan. Malah, lebih menyedihkan, ia dipersendakan. Tidak dapat dijelask...
TH OFFERS DEBIT CARD First non-banking Islamic banking institution to launch service Tabung Haji (TH) Corporation emerge as the first non-banking Islamic institution in the world to introduce debit card through the launch of Tabung Haji Debit -i MasterCard. With this card, 8.4 million TH depositor now have an easy and safe access to their account wherever they are. Functions as cash This card functions as cash or personal cheque with every purchase and transactions will be paid directly from the depositor's saving account. Depositor can make withdrawal from 2.5 million automated teller machine (ATM) around the world other than shopping conveniences at 38 million trader location that accepts MasterCard in Saudi Arabia and worldwide. TH Chief Executive Officer and Group Managing Director, Datuk Ismee Ismail said with this card haj pilgrims can make easy and safe withdrawal and purchase transactions in Holy Land (Tanah Suci). He said TH didn't make...