Skip to main content

Posts

Cabaran yang mencabar bagi Pengarah Urusan baharu MAHB -  Pemegang saham minoriti mungkin harus menunggu lama sedikit untuk melihat jika Badlisham Ghazali dapat menunjukkan prestasi seperti Bashir _____________________________________________________ Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) baharu, Datuk Badlisham Ghazali mengadakan ringkasan berita sulung beliau setelah 100 hari dilantik sebagai pengarah urusan dengan memperkenalkan penambahbaikan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) baru-baru ini. Beliau berjalan kaki di KLIA & klia2 selama dua jam sambil menunjukkan wadah stesen perkhidmatan buggy, kedai bebas cukai baru,   tempat makan Urban dan Hotel Sama-Sama Express. klia2 akan mempunyai tiga buah pejalan kaki eletrik di Skybridge pada hujung tahun ini bagi menangani rungutan pengembara yang terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke pagar pelepasan mereka. Semua kemudahan berada dalam keadaaan baik bagi penump...
Nik Amlizan adalah Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharu _____________________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, tabung persaraan kedua terbesar negara telah melantik Nik Amlizan Mohamed sebagai ketua pegawai pelaburan (CIO) menggantikan Ahmad Norhisham Hassan yang telah meninggal dunia pada bulan Februari lalu. Ahmad Norhisham dilantik sebagai CIO dari 1 April 2013 dan beliau memegang jawatan itu sehingga beliau meninggal dunia. Nik Amlizan menyertai KWAP pada 2007 sebagai ketua bahagian ekuiti dan kemudian dilantik sebagai pengarah kanan bahagian ekuiti pada bulan Februari tahun ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KWAP berkata tanggungjawab baharu Nik Amlizan adalah merumuskan strategi pelaburan tabung KWAP yang melibatkan semua kelas aset termasuk ekuiti, pendapatan tetap, ekuiti peribadi dan infrastruktur. Nik Amlizan adalah ahli lembaga Prima Ekuiti (UK), milik penuh KW...
Perubahan iklim - tiada sesiapa kebal ____________________________________________________________________________ Kesan negatif perubahan iklim sudah mula dirasai oleh setiap pelusuk dunia, akan tetapi kebanyakan negara masih belum bersedia untuk menghadapi kesan berskala besar terhadap keselamatan makanan, pembekalan air dan kesihatan manusia. Dalam kajian menyeluruh yang diadakan mengenai kesan kenaikan tahap karbon dioksida dalam atmosfera, PBB dalam forum bertajuk Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) memberi amaran bahawa pemanasan global boleh melemahkan pertambahan ekonomi dan meningkatkan tahap kemiskinan. Para saintis telah mengenal pasti negara Britain sebagai salah sebuah negara yang berisiko tinggi untuk menghadapi kesan negatif secara langsung jika dibandingkan dengan negara serantau yang terdedah dengan perubahan iklim ini. Negara UK dan bahagian utara Eropah telah diberi amaran akan berlakunya banjir di bahagian negara yang berdekatan dengan pant...
Zeti dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia __ ____________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sekali lagi dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia bagi 2014 oleh sebuah majalah perniagaan antarabangsa Global Finance . Ini adalah kali ke-11 Zeti dianugerahi pemeringkatan "A" untuk kepimpinan beliau dalam bank pusat Malaysia. Selain daripada Zeti, ketua bank pusat di India, Israel, Filipina, Arab Saudi, Switzerland dan Taiwan turut dianugerahi pemeringkatan "A" tahun ini. Majalah Global Finance's Central Banker Report Cards, yang diterbitkan setiap tahun sejak 1994 menggred gabenor bank pusat hampir 70 buah negara daripada gred "A" ke "F" mengikut kejayaan dalam bidang pengawalan inflasi, matlamat perkembangan ekonomi, kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Pada ...
AWER menggesa maklum balas daripada orang ramai mengenai mekanisme tarif air ________________________________________________________________________ Kuala Lumpur : Tidak lama lagi kerajaan akan memulakan langkah awal mengadakan perbincangan dengan pemegang amanah harta di semua peringkat sebelum melaksanakan mekanisme telus untuk menentukan kadar tarif air, kata Persatuan Air dan Pengkaji Tenaga Malaysia (AWER) AWER, kumpulan pemikir bagi hal berkaitan air dan tenaga menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan aktif dalam memberikan maklum balas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai perkhidmatan air daripada pengusaha air. Ini bertujuan untuk membantu pihak suruhanjaya menilai prestasi pengusaha air untuk 'mengetatkan' Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). AWER berkata maklum balas turut mengambil kira gangguan bekalan dan kualiti air. "Ini adalah saat yang bersejarah, di mana orang awam akan berhubung terus sebelum tarif air diubah suai,...
PRIMA akan membina pembangunan berorientasikan pengangkutan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi di Seremban Sentral akan dijual di bawah 20% nilai pasaran _____________________________________________________________________________   Seremban: PRIMA Malaysia Corp mencadangkan pembangunan projek Seremban Sentral sama seperti KL Sentral yang akan menggabungkan perumahan dan kemudahan berulang-alik untuk penghuninya. Pengerusi PRIMA Tan Sri Dr Jamaludin Mohd Jarjis berkata, pembangunan ini adalah usaha sama antara KTM Bhd (KTMB) dan Brunsfield International Group yang akan memperlihatkan 3,196 unit rumah bertingkat tinggi dibina di bahagian belakang stesen KTM. Projek ini meliputi tanah seluas 57 ekar (23.1ha) milik KTMB dan akan menyediakan kemudahan keretapi dan perkhidmatan bas. Terdapat juga pusat membeli-belah runcit, kemudahan kesihatan dan perubatan, sebuah kampus pendidikan, tempat letak kereta dan sebuah hotel bersebelahannya. "Ia seperti KL Sentral," ...
Ikea melaporkan jualan memberangsangkan Stockholm : Syarikat perabot gergasi Sweden, Ikea melaporkan peningkatan jualan tahunan, kebanyakannya dirangsangkan oleh peningkatan jualan di negara China dan pemulihan ekonomi di Eropah. Kumpulan Ikea yang mengepalai perniagaan perabot antarabangsa dengan perabot yang mempunyai gaya tersendiri serta harga berpatutuan, melaporkan bahawa peningkatan pendapatan sebanyak 5.7% iaitu 28.7 billion euro (RM118.08 billion) sehingga akhir bulan Ogos tahun ini. Pendapatan Ikea meningkat sebanyak 3.2% dalam jangka masa sama tahun lalu. "Negara China, sebuah negara yang sedang berkembang pesat, Amerika Utara pula sedang berkembang baik. Walaupun situasi ekonomi yang mencabar belum berakhir namun ekonomi Eropah semakin pulih, kata ketua eksekutif Peter Agnefjaell dalam satu kenyataan. "Kami melihat petanda positif dalam perbelanjaan pengguna dan amat gembira untuk melaporkan peningkatan jualan hampir kesemua pasaran kami, tidak ...