Skip to main content

Posts

KISAH 1MDB 1.   Komen-komen di blog saya dan ramai yang menanyakan soalan kepada saya ketika saya membeli-belah, amat jelas ramai yang tidak mengetahui secara jelas mengenai 1MDB. Mereka tahu yang Najib telah melakukan perkara salah dengan wang pinjaman berjumlah RM42 billion tetapi tidak jelas apa kesalahannya sehingga saya memintanya meletak jawatan. 2.   Maka, saya fikir saya harus menerangkan kesalahan di dalam 1MDB secara berperingkat. The Terengganu Investment Authority 3.   Pertama sekali, percubaan untuk merampas wang milik Terengganu Investment Authority (TIA). Petronas membayar 5% daripada pendapatan kasar kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tahun demi tahun, jumlah royalti ini telah bertambah kepada jumlah besar. 4.   Jho Low telah memujuk Najib untuk menjadikan TIA sebagai dana berdaulat untuk tujuan pelaburan seperti Kuwait Investment Fund tetapi berada dalam kawalan Najib. Pengambilan pekerja dilakukan oleh Najib tanpa pengetahuan nege...
SIAPAKAH DI SEBALIK KRISIS 1.   Perdana Menteri berkata Dr. M (iaitu saya) di sebalik krisis ini. 2.   Saya akan mengaku bahawa saya ialah orangnya di sebalik 'krisis' ini. Saya berada di sebalik krisis ini kerana terdapat suasana takut dalam negara ini. 3.   Ramai orang mengetahui mengenai kehilangan wang berjumlah berbillion Ringgit oleh 1MDB. Mereka ini mengetahui kehilangan wang ini kerana mereka telah melihat bukti kehilangan ini. Akan tetapi, mereka takut akan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan terhadap mereka. Berkemungkinan mereka akan kehilangan kerja atau kontrak atau anugerah dll. 4.   Maka, mereka datang dan memberitahu kepada saya. Mereka meminta saya berbuat 'sesuatu'. Saya mengelak untuk jangka masa panjang kerana saya tahu jika saya mendedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan Perdana Menteri disoal siasat. 5.   Saya berbuat memberitahu beliau di sebalik tabir. Akan tetapi, tidak berkesan. Saya memberitahu Perda...
BAGAIMANAKAH WANG 1MDB DILABURKAN 1.   Saya teruja dengan kebolehan 1MDB melaburkan 42 billion Ringgit dalam pelbagai bidang perniagaan. Saya sepatutnya berpuas hati dengan cara 1MDB menggunakan wang pinjamannya. 2.   Akan tetapi, saya tidak berpuas hati. Saya tidak berpuas hati kerana maklumat ini datang daripada KPE baharu, Arul Kanda Kandasamy. Dan Arul telah didapati berbohong beberapa kali. 3.   Sejurus selepas beliau mengambil alih pengurusan 1MDB, beliau mengumumkan wang dari Kepulauan Cayman telah dibawa balik. Beliau menyatakan secara jelas dan secara terbuka bahawa beliau sendiri melihat wang tunai sebanyak satu billion dolar. Kemudian, beliau berkata ia adalah penyata. Penyata apakah itu? Akhirnya, pihak bank menyatakan tiada wang tunai dalam bank dan hanya dokumen disimpan dan dokumen itu ditandatangani dengan tandatangan palsu. 4.   Maka, beliau memberitahu kepada Perdana Menteri mengenai himpunan besar wang tunai dolar dan Perdana Menteri...
LEGASI 1.   Baru-baru ini, sahabat saya melawat saya di pejabat. Ketika saya menjadi PM, saya banyak membantu beliau, bukan dengan wang atau projek tetapi dengan memudahkan proses birokrasi untuk projeknya. Hasilnya, beliau menjadi ahli pendidikan yang sangat berjaya dan mampu mengembang ke luar negara. Saya menganggap bantuan saya penting kerana kadang-kala proses birokrasi boleh melengahkan atau menjadi penghalang. Saya berbuat begini kepada semua orang dan mereka amat berterima kasih terutama sekali sahabat saya ini. 2.   Sekali-sekala beliau akan datang berjumpa dengan saya untuk berbincang mengenai isu semasa. Beliau bimbang dengan polisi dan persembahan Kerajaan Najib. Beliau meminta saya berbuat sesuatu. 3.   Akan tetapi, kunjungan beliau kali ini menunjukkan beliau telah berubah. 4.   Beliau meminta saya berulang kali agar tidak 'menyerang' PM. Saya menjelaskan kepada beliau kenapa saya berbuat demikian. Akan tetapi, beliau terus meminta saya...
PENSTRUKTURAN SEMULA IMDB 1.  Menteri Kewangan II telah mempersembahkan kepada Kabinet pelan penstrukturan semula 1MDB yang mampu menyelesaikan semua masalah. Saya ingin ulang sekali lagi bahawa pembayaran semula hutang 1MDB tidak akan membebaskan peminjam daripada tanggungjawab menghilangkan wang tersebut. Wang tersebut tidak hilang menerusi pelaburan yang merugikan tetapi ia telah hilang begitu sahaja. Ada orang mengetahui bagaimanakah wang itu hilang dan siapa yang menyimpan wang tersebut. Akan tetapi, orang berkenaan tidak bercakap. 2.   Sekarang mengenai proses penstrukturan semula. 3.   IPIC dikatakan telah melabur sebanyak ASD 1 billion ke dalam akaun 1MDB. Ia bukan hutang seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan II. Sudah tentu ia bukannya hadiah. Apa yang IPIC perolehi daripada 1MDB untuk ASD 1 billion yang dilaburkannya. Sudah tentu IPIC memperolehi aset-aset 1MDB 4.   IPIC mungkin akan melabur ASD 3 billion lagi. Wang ini akan digunakan un...
PEMBAYARAN BALIK HUTANG-HUTANG 1.   Seolah-olah terdapat kekeliruan dalam pembayaran balik hutang-hutang serta kehilangan wang oleh 1MDB. 2.   Walaupun kesemua hutang dapat dibayar balik menerusi penjualan aset oleh 1MDB, ini tidak bermakna 1MDB bebas daripada tuduhan yang tidak dapat menjelaskan kehilangan wang berbillion ringgit. 3.   Dalam perniagaan, wang boleh hilang menerusi pelaburan atau pengurusan yang teruk. Hal ini dapat diterima walaupun KPE dan kesemua Pengurus terbabit dipecat. 4.   Akan tetapi, apabila wang telah hilang dan pihak pengurusan tidak dapat menjelaskan kehilangannya serta tidak dapat menjelaskan bagaimana ia hilang, pihak pengurusan masih bertanggungjawab walaupun terdapat usaha bailout atau kesemua hutang telah dibayar.  5.   Dengan menyatakan bahawa wang tersebut telah dilaburkan di Kepulauan Cayman dan walaupun terdapat dakwaan bahawa wang tersebut telah dibawa balik dan sekarang berada di Singapura, ia masi...
WHO IS RESPONSIBLE 1)   When an answer to a question posed by member of Parliment to Prime Minister or Minister and the answer provided was prepared by the officers, the relevant minister of the ministry is still responsible. He is the one who will take the blame in this situation. Eventhough in law, Parliment proceeding has immunity but if unrealiable answers about the truth is given and it still not true then it's no longer immune when the answer was published without objection for general view. 2)   The officers who prepared the answers is not immune. They are still responsible for the contents of the answers. If they are found to be preparing answers not based on reality, information and prove, they can be accused of trying to protect the minister by not telling the truth. In other words, the minister can still be accused of lying and the officers can be charged together.  3)   The minister have more responsibility because he is required to check and d...