Skip to main content

Posts

SHAMED MALAYSIA 1.   I was censured by Anifah Aman, the Foreign Minister, that I shamed Malaysia by giving an interview to an American newspaper "The New York Times. 2.   Maybe Anifah never read American newspaper before and trying to tarnish my name by making it a basic to protect Prime Minister Najib. But the whole world knows about Dato Sri Najib, Jho Low and 1MDB. Famous newspapers in Washington, New York and London have published a lengthy article that occupied four pages about 1MDB scandal, Najib and his luxury lifstyle, his best friend Jho Low and his step son, Riza Aziz who financed a porn film title "The Wolf of Wall Street". 3.   A study by foreign experts claimed that Malaysia is one of top ten most corrupt country. 4.   But Anifah is not ashamed with these reports. There isn't even a single word about this from him. 5.   All these reports tarnishing Malaysia was made long before I critise Dato Sri Najib. 6.   If Anif...
CUKAI 1.   Salah satu pencapaian terbaik Malaysia adalah pemungutan cukai. Rakyat Malaysia membayar cukai dengan rela hati. Mereka takut akan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka. Mereka lebih takut penyerbuan dilakukan oleh penguatkuasa cukai pendapatan ke atas perniagaan dan kediaman mereka. Saya tahu mengenai perkara ini kerana saya juga pernah diserbu setelah saya dibuang oleh parti dan bekerja sebagai pengamal perubatan. 2.   Pihak penguatkuasa memegang potongan cek saya dan sebarang penerangan yang diberkan oleh saya kepada mereka tidak dapat menyakinkan mereka bahawa semua wang dalam akaun saya bukan milik saya. Akhirnya, saya terpaksa membayar dua kali ganda mengikut dakwaan mereka jumlah yang saya tidak isytiharkan.  3.   Pegawai penguatkuasa cukai pendapatan sering mencari sesiapa yang hidup di luar kemampuan mereka. Mereka akan menyerbu orang yang hidup luar kemampuan mereka dan memaksa mereka membayar cukai tambahan jika mer...
PERSAINGAN BAIK 1.   Persaingan baik, kata KPE Malaysian Automotive Institute (The Edge Malaysia, June 22, 2015) . Ia memberi kebaikan kepada pengguna dan menggalakkan pemain industri untuk menjelajah ke pasaran eksport. 2.   Memang baik industri automotif Malaysia bersaing dengan kereta yang diimport dari Jepun, Korea, China dan Jerman. Secara kebetulan, negara-negara ini mengenakan syarat dan standard yang menghalang kereta Malaysia diimport ke negara mereka untuk bersaing. Jadi, pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak dapat menikmati kebaikan persaingan seperti rakan sejawat mereka di Malaysia. 3.   Kita dapat perhatikan dalam sukan, sebagai contoh, pertandingan diadakan di antara individu mengikut kategori umur atau dalam perlawanan bola sepak mengikut divisi. Dalam permainan golf, handikap diberikan bagi memastikan persaingan yang adil. 4.   Dalam semua persaingan, keadaannya sama sahaja. Kita bandingkan buah epal dengan buah epal dan bu...
HANYA JUSTO 1.   Ada orang amat gembira mengenai Justo. Kini, mereka meminta para pengkritik Perdana Menteri harus memohon maaf. Memohon maaf untuk apa? Apa yang nyata adalah sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa balik kesemua wang tersebut. 2.   Justo telah dipecat dan Petro Saudi telah memberinya 15 juta Ringgit. Adakah dia diberi rasuah atau apa? Ia adalah satu jumlah wang yang amat besar untuk diberikan kepada seorang pekerja atau pengarah yang telah melakukan sesuatu yang salah. Selalunya, dia akan dihalau keluar. Akan tetapi, kita diberitahu bahawa dia tidak gembira dengan jumlah wang yang diberikan dan meminta lebih banyak wang atau dia akan membocorkan maklumat dokumen. Apa bukti yang menunjukkan dia telah mengubah dokumen atau dia mempunyai dokumen yang boleh menunjukkan seseorang bersalah. Bagaimanakah dia boleh menidakkan fakta yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen? Beliau telah berkata, "AS 1.9 bili...
Harimau jadian merayau-rayau pada waktu malam BUKAN MITOS : Seorang pawang tradisional memberitahu A Shukor Rahman bahawa sesiapa yang menjadi harimau jadian tidak akan memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga mereka sendiri. Pada tahun lepas, Joane Le Roux manghabiskan beberapa bulan merentasi Malaysia dalam usahanya mencari harimau jadian. Tempat-tempat yang beliau kunjungi termasuk Gunung Angsi, Bukit Putus, Seri Menanti di Negri Sembilan dan Gunung Ledang dan Air Tawas di Johor. Ia adalah satu usaha yang sia-sia. Pawang tradisional Awang Din dari Kuala Muda, Kedah ketawa apabila diberitahu mengenai 'usaha kurang bijak' oleh Le Roux. "Macam ini, adakah orang yang waras fikirannya akan mengaku bahawa dia ialah harimau jadian? Takkanlah orang asing itu begitu naid?" kata Awang. "Harimau jadian" berasal dari Gunung Kerinci di Sumatra dan amalan ini dipercayai dibawa masuk ke Malaya pada 1865. Asalnya, ia bertujuan untuk mempert...
KESAMAAN PERKAUMAN 1.   "Foreign Affairs" ialah majalah milik Amerika. Majalah ini amat dihormati di Amerika tetapi ia bukan majalah kegemaran saya. 2.   Baru-baru ini ketika dalam penerbangan, saya terjumpa edisi terkini majalah ini. Tema dalam edisi ini ialah kaum dan warna kulit dan bagaimana ia mempengaruhi perhubungan sesama manusia. Saya tertarik untuk membaca majalah ini kerana saya yakin majalah ini tidak menulis perkara elok mengenai Malaysia. 3.   Terdapat sebuah rencana mengenai tidak melihat warna kulit di Amerika - bermakna tidak kira apa warna kulit warga Amerika, mereka adalah sama. Ternyata, kesamaan di antara manusia berlainan warna kulit tidak membawa hasil baik. Ini bermakna segala-gala termasuk peluang harus bersandarkan kepada merit. 4.   Benar, terdapat seorang lelaki kulit hitam duduk di kerusi Presiden dalam Rumah Putih. Pernah juga terdapat seorang genaral kulit hitam sebagai Ketua Pertahanan Amerika dan seorang lagi sebagai S...
MAKLUM BALAS DARIPADA 1MDB 1.   Dikatakan segala kritikan saya mengenai 1MDB adalah salah, tetapi tiada bukti diberikan. Jawapannya diberikan adalah ia rahsia Kerajaan. 2.   Saya tahu mengenai keengganan TIA membenarkan produk masa hadapan mereka iaitu telaga minyak negeri Terengganu digunakan sebagai cagaran melalui perbualan saya dengan pihak yang terbabit dalam TIA. Kerajaan Persekutuan menjadi penjamin untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion kerana negeri Terengganu telah menolak idea yang tidak masuk akal itu. Kenapakah negeri Terenggnu menarik diri daripada cadangan Kerajaan Persekutuan yang ingin mencagarkan telaga minyak baharu negeri Terengganu. 3.   Tiada dokumen Kabinet dibentangkan untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion. Tunjukkan dokumen tersebut untuk paparan umum. Sudah tentu anda akan berkata dokumen Kabinet adalah rahsia. 4.   Jika pinjaman tersebut bukan off budget maka tunjukkan ia terdapat dalam peruntukan belanjawan tahunan Kerajaan untu...