Skip to main content

Posts

PEMISAHAN KUASA 1.   Timbalan Perdana Menteri membuat rujukan kepada pemisahan kuasa apabila membuat komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja-Raja untuk mempercepatkan penyiasatan 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun Najib. Adakah ini pelanggaran andaian pemisahan kuasa antara Raja-Raja dan Kerajaan?. 2.   Memang benar, Agong dan Raja-Raja Melayu adalah monarki berpelembagaan. Akan tetapi, ini tidak bermakna mereka ini sebagai pak turut yang membenarkan semua perlakuan Kerajaan. 3.   Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Negeri hampir sama dengan Perlembagaan Persekutuan) menyatakan dengan jelas bahawa Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang ...
Undang-undang baru sedang digubal untuk pengguna dron TERBANG TINGGI : Kegilaan terbaharu - dron - mengundang pelbagai pendapat. Ada yang berpendapat objek terbang tanpa pemandu ini boleh mengundang ancaman serius kepada orang awam, para pengguna pula menyatakan ia hanyalah bertujuan untuk permainan dan keseronokan. Golongan profesional kesihatan yakin teknologi baharu ini mampu memecah kekangan dalam dunia perubatan. Bagaimana pun, semua pihak bersetuju ketiadaan peraturan dan undnag-undang merupakan masalah serius. Peminat dron rekreasi ini akan dikawal selia menerusi undang-undang yang sedang digubal oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Penolong Pengarah Kanan DCA, sektor pengurusan trafik udara, Mior Adli Moir Sallehuddin, bagaimanapun berkata, draf undang-undang yang akan meliputi kesemua pengguna Unmanned Aircraft System (UAS) belum dimuktamadkan. "Buat masa ini, terdapat peraturan dan undang-undang bagi pengguna UAS mengikut Aeronautical Information Ci...
1MDB DIBERSIHKAN 1.   Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku yang berkaitan dengan penggunaan dana yang diluluskan oleh Bank Negara untuk tujuan pelaburan luar negara. 2.   Tetapi Bank Negara tidak puas hati dan membuat rayuan kepada Peguam Negara tanpa sebarang perubahan pada laporannya. Sekali lagi Peguam Negara menolak rayuan tersebut. 3.   Kita tahu Peguam Negara diberi kuasa untuk memutuskan sama ada sesebuah kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapan bahawa Peguam Negara akan menghargai dan memahami keseriusan sesebuah kes, beliau akan menghargai keprihatinan pengadu atau keprihatinan agensi yang membuat laporan. Dan, jika terdapat ketidak puasan hati terhadap kes tersebut maka kes itu harus dihakimi di mahkamah undang-undang oleh hakim dan jika masih tidak puas hati maka rayuan akan dibenarkan. 4.   Ini cara yang betul. Akan tetapi, ia kelihatan seolah-olah Peguam Negara telah membuat penghakiman ...
TAWAU 1.   On 5 October, I was in Tawau on invitation by a former candidate of an opposition party. 2. Many UMNO members in Sabah unable to attend the stateman's talk because it wasn't organised by UMNO. They said SUA UMNO will be very angry if any of its members or leaders attended this gathering. 3.   It's been 15 years since I went to Tawau and that's why I accepted the invitation eventhough it's from UMNO'S enemy. If I waited for UMNO's invitation, I won't be able to see Tawau forever.and I would like to see the changes in Tawau. I'm still an UMNO member and was an UMNO President for 22 years and now regarded as an enemy by the current leadership. 4.   Yes. I disagree with Dato Seri Najib, the UMNO President and I'm urging for him to be sacked. But, in the past, Tengku Razaleigh and Musa Hitam tried to bring me down. Their reason to compete against me and Ghaffar is I won't be able to be President and Prime Minister anymor...
UNDI TIDAK PERCAYA 1.   Saya ada membaca laporan bahawa Speaker Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa. 2.   Beliau mendakwa hanya beliau sahaja boleh membuat keputusan sama ada usul seumpama itu boleh dibentangkan atau tidak. 3.   Beliau berkata alasannya ialah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen tidak mempunyai undang-undang mengenai perkara ini. Dan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. 4.   Benar, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Ini kerana lima Perdana Menteri terdahulu tidak pernah mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi mereka juga mereka tidak pernah terbabit dalam skandal kewangan dan tuduhan membunuh. 5.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu membubarkan institusi yang menyiasat keberasalan dan lokasi wang tersebut berada sekarang. 6.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu meminjam RM42 bilion dengan ko...
Kedai kopi pernah menjadi sumber utama pasukan perisik SUMBER BAIK : Penulis meneliti peranan kedai kopi sebagai pos mendengar ketika Darurat. Kedai-kedai kopi dan gerai-gerai makan dilihat sebagai pos mendengar yang paling efektif di negara ini apabila maklumat penting untuk keselamatan, jenayah dan politik yang melibatkan hidup mati diperlukan. Special Constable (SC)(B) Sgt Abdul Latif Salleh menyertai perkhidmatan ini pada tahun 1951 dan tidak pernah mengambil cuti pada hari minggu. Beliau memilih untuk meghabiskan masa di kedai-kedai kopi di Kuala Nerang, Kedah yang menjadi pos mendengar yang amat penting. Selain daripada mendapatkan maklumat daripada orang kampung, Latif sentaisa berwaspada ketika berpakaian biasa. Beliau akan memasang telinga akan perbualan di kedai-kedai dan di gerai-gerai sambil menikmati secawan kopi. "Saya bergaul dengan penduduk kampung dari Kuala Nerang dan dari sempadan Malaysia-Thai," kata beliau sambil mengimbas kemb...
NAJIB 1.   Saya telah bekerja keras untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. 2.   Sekarang, saya mahu beliau disingkirkan daripada menjadi Perdana Menteri. 3.   Ini bukan bersifat peribadi. 4.   Ini kerana beliau telah gagal sebagai Perdana Menteri. 5.   Sejak mula lagi, saya perasan kesalahan yang beliau lakukan. 6.   Kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kita mampu memimpin sendiri negara kita dan berjaya melakukannya selama beberapa dekad sebelum Najib. 7.   Akan tetapi, Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya. 8.   Najib telah melantik ramai perunding luar untuk menasihati beliau cara-cara mentadbir negara. 9.   Kos melantik perunding luar mencecah berbilion Ringgit tetapi nasihat mereka ini tidak sesuai untuk negara kita. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai politik, ekonomi dan sensitiviti rakyat Malaysia. Akibatnya, pembangunan negara telah menurun dan berlaku per...