Skip to main content
COMMON IGNORANCE

Once up a time, an old illiterate asked somebody to write a letter for him. He said, "Please write whatever I am telling you." He then began to explain his life while the writer was busy writing. He talked about himself and some hos problems. After he finished, he turned to the writer and said, "Alright. Now read me all you have written." The man began to read the letter. Little by little the old man, listening to the writer carefully, started crying. The writer looked at him surprisingly and said, "These are what you have already explained. There is nothing more in this letter. Why are crying then?"

Still crying hard, the old man said, "I practically knew that I was a poor wretched man, but I didn't know it so clearly as you told me today!"

TIDAK PEDULI

Pada suatu hari, seorang warga emas buta huruf meminta seseorang menuliskan sepucuk surat untuknya. Dia berkata, "Tulis apa yang saya katakan." Dia mula bercerita mengenai kehidupannya sementara penulis itu sibuk menulis. Dia bercerita mengenai dirinya dan beberapa masalah dihadapinya. Setelah selesai bercerita, dia menoleh ke arah penulis itu dan berkata, "Baiklah, bacakan apa yang kamu tulis." Penulis itu mula membacakan sedikit demi sedikit sementara warga emas itu mendengar dengan teliti. Tiba-tiba warga emas itu mula menangis. Penulis itu merasa terkejut dan berkata, "Ini yang kamu terangkan dan tiada sebarang tambahan. Kenapakah kamu menangis?"

Masih menangis, warga emas itu berkata, "Saya tahu saya miskin tetapi saya tidak tahu ia seperti apa yang kamu ceritakan."

Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...