Friday, 19 September 2014

Ikea melaporkan jualan memberangsangkan

Stockholm : Syarikat perabot gergasi Sweden, Ikea melaporkan peningkatan jualan tahunan, kebanyakannya dirangsangkan oleh peningkatan jualan di negara China dan pemulihan ekonomi di Eropah.

Kumpulan Ikea yang mengepalai perniagaan perabot antarabangsa dengan perabot yang mempunyai gaya tersendiri serta harga berpatutuan, melaporkan bahawa peningkatan pendapatan sebanyak 5.7% iaitu 28.7 billion euro (RM118.08 billion) sehingga akhir bulan Ogos tahun ini.

Pendapatan Ikea meningkat sebanyak 3.2% dalam jangka masa sama tahun lalu.

"Negara China, sebuah negara yang sedang berkembang pesat, Amerika Utara pula sedang berkembang baik. Walaupun situasi ekonomi yang mencabar belum berakhir namun ekonomi Eropah semakin pulih, kata ketua eksekutif Peter Agnefjaell dalam satu kenyataan.

"Kami melihat petanda positif dalam perbelanjaan pengguna dan amat gembira untuk melaporkan peningkatan jualan hampir kesemua pasaran kami, tidak terlepas pasaran yang penuh dengan cabaran di bahagian selatan Eropah.

Menurut Agnefjaell lagi, Ikea masih mempunyai ruang untuk berkembang.

Beliau menjelaskan "kami masih kecil dalam kebanyakan pasaran".

Kumpulan Ikea yang beribu pejabat di Netherlands dan memiliki 315 buah kedai di 27 buah negara seluruh dunia.

Angka yang dikeluarkan semalam tidak termasuk 40 buah franchise.

Kumpulan Ikea masih berurusan dari Aelmhult di selatan Sweden iaitu sebuah bandar di Sweden. Di bandar inilah Ikea dimulakan. Tiga orang anak pengasas Ikea iaitu Ingvar Kamprad merupakan sebahagian daripada pihak pengurusan.



Sumber  : The Edge
Diterjemah oleh :  Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com