Skip to main content

Posts

Showing posts from August 28, 2015
DERMA SEBANYAK RM2.6 BILION 1.   Dato' Sri Najib dan penyokong beliau harus berhenti daripada percubaan beliau untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya ialah wang derma. 2.   Tiada sesiapa pun percaya atau boleh percaya wang yang berjumlah besar ini boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato' Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja untuk sebarang alasan. 3.   Penjelasan bahawa wang itu didermakan kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State adalah mengarut kerana Islamic State menunjukkan tahap keganasan mereka pada tahun 2014 sedangkan wang derma ini masuk pada tahun 2013 atau sebelumnya. 4.   Juga, alasan ia adalah kerana kesederhanaan Malaysia dalam amalan agama Islam adalah mengarut kerana Malaysia tidak pernah melampau dalam mengamalkan agama Islam. 5.   Kenapa 700 juta Dolar? Memang, ia adalah jumlah wang yang amat besar untuk digunakan untuk pilihanraya Malaysia kecuali jika ia digunakan untuk memberi rasuah kepada pa