Skip to main content

Posts

Showing posts from September 27, 2015
Kedai kopi pernah menjadi sumber utama pasukan perisik SUMBER BAIK : Penulis meneliti peranan kedai kopi sebagai pos mendengar ketika Darurat. Kedai-kedai kopi dan gerai-gerai makan dilihat sebagai pos mendengar yang paling efektif di negara ini apabila maklumat penting untuk keselamatan, jenayah dan politik yang melibatkan hidup mati diperlukan. Special Constable (SC)(B) Sgt Abdul Latif Salleh menyertai perkhidmatan ini pada tahun 1951 dan tidak pernah mengambil cuti pada hari minggu. Beliau memilih untuk meghabiskan masa di kedai-kedai kopi di Kuala Nerang, Kedah yang menjadi pos mendengar yang amat penting. Selain daripada mendapatkan maklumat daripada orang kampung, Latif sentaisa berwaspada ketika berpakaian biasa. Beliau akan memasang telinga akan perbualan di kedai-kedai dan di gerai-gerai sambil menikmati secawan kopi. "Saya bergaul dengan penduduk kampung dari Kuala Nerang dan dari sempadan Malaysia-Thai," kata beliau sambil mengimbas kemb