Skip to main content

Posts

Showing posts from January 16, 2016
PEMECATAN DAN PENGGANTIAN 1.   Baru-baru ini The Malaysian Insider melaporkan bahawa menurut satu sumber, Ketua SPRM, Abu Kassim mungkin akan diganti. 2.   Abu Kassim mempunyai masalah kesihatan tetapi beliau sendiri menyatakan beliau berharap untuk bersara di usia 60 tahun, usia bersara wajib. Sudah tentu, beliau tidak fikir kesihatan beliau akan memaksa beliau untuk bersara lebih awal 3.   Kerajaan mempunyai prosedur tertentu bagi kakitangan tidak sihat yang ingin bersara sebelum mencapai usia bersara. Satu Lembaga Perubatan akan ditubuhkan untuk meneliti tahap kesihatan kakitangan yang ingin bersara awal. 4.   Lembaga tersebut akan mengeluarkan laporan kesihatan mengenai tahap kesihatan dan mengesahkan kakitangan tersebut tidak sihat untuk bekerja. 5.   Jika pelantikan pegawai Kerajaan dibuat berdaarkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong, maka sijil kesihatan harus dipersembahkan kepada Agong utnuk Baginda besetuju dengan cadangan persaraan beliau dan untuk tandatan