1MDB (Bahagian ke-3) Zamil Ibrahim daripada parti KITA dilihat suka menyatakan perkara-perkara yang kelihatan beliau sendiri kurang faham atau jahil. Pertama sekali, saya tidak pernah kata RM42 bilion telah hilang. Apa yang saya kata adalah RM42 bilion telah dipinjam oleh 1MDB Sebahagian daripada wang yang dipinjam itu digunakan untuk membeli beberapa loji kuasa dan tanah kerajaan di Jalan Tun Razak dan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi pada harga amat rendah. Kemudian, kesemua pembelian di atas dinaikkan harga dan dikatakan sebagai aset. Tanah persendirian di Pulau Pinang yang didiami oleh ramai penduduk juga dibeli dengan harga tinggi. ASD 1 bilion (RM3.6 bilion) dibayar kepada Petro Saudi dan digunakan untuk lain-lain pembelian dan pelaburan. RM6 bilion lagi dikatakan disimpan di Cayman tetapi kini tidak lagi disimpan di Cayman. Dikatakan kesemua wang telah dibawa balik. Sebahagian mungkin telah dibawa balik ke Malaysia. Sebahagian lagi dibawa balik dan seperti y...