Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015
HANYA JUSTO 1.   Ada orang amat gembira mengenai Justo. Kini, mereka meminta para pengkritik Perdana Menteri harus memohon maaf. Memohon maaf untuk apa? Apa yang nyata adalah sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa balik kesemua wang tersebut. 2.   Justo telah dipecat dan Petro Saudi telah memberinya 15 juta Ringgit. Adakah dia diberi rasuah atau apa? Ia adalah satu jumlah wang yang amat besar untuk diberikan kepada seorang pekerja atau pengarah yang telah melakukan sesuatu yang salah. Selalunya, dia akan dihalau keluar. Akan tetapi, kita diberitahu bahawa dia tidak gembira dengan jumlah wang yang diberikan dan meminta lebih banyak wang atau dia akan membocorkan maklumat dokumen. Apa bukti yang menunjukkan dia telah mengubah dokumen atau dia mempunyai dokumen yang boleh menunjukkan seseorang bersalah. Bagaimanakah dia boleh menidakkan fakta yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen? Beliau telah berkata, "AS 1.9 bilion d
Harimau jadian merayau-rayau pada waktu malam BUKAN MITOS : Seorang pawang tradisional memberitahu A Shukor Rahman bahawa sesiapa yang menjadi harimau jadian tidak akan memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga mereka sendiri. Pada tahun lepas, Joane Le Roux manghabiskan beberapa bulan merentasi Malaysia dalam usahanya mencari harimau jadian. Tempat-tempat yang beliau kunjungi termasuk Gunung Angsi, Bukit Putus, Seri Menanti di Negri Sembilan dan Gunung Ledang dan Air Tawas di Johor. Ia adalah satu usaha yang sia-sia. Pawang tradisional Awang Din dari Kuala Muda, Kedah ketawa apabila diberitahu mengenai 'usaha kurang bijak' oleh Le Roux. "Macam ini, adakah orang yang waras fikirannya akan mengaku bahawa dia ialah harimau jadian? Takkanlah orang asing itu begitu naid?" kata Awang. "Harimau jadian" berasal dari Gunung Kerinci di Sumatra dan amalan ini dipercayai dibawa masuk ke Malaya pada 1865. Asalnya, ia bertujuan untuk mempert
KESAMAAN PERKAUMAN 1.   "Foreign Affairs" ialah majalah milik Amerika. Majalah ini amat dihormati di Amerika tetapi ia bukan majalah kegemaran saya. 2.   Baru-baru ini ketika dalam penerbangan, saya terjumpa edisi terkini majalah ini. Tema dalam edisi ini ialah kaum dan warna kulit dan bagaimana ia mempengaruhi perhubungan sesama manusia. Saya tertarik untuk membaca majalah ini kerana saya yakin majalah ini tidak menulis perkara elok mengenai Malaysia. 3.   Terdapat sebuah rencana mengenai tidak melihat warna kulit di Amerika - bermakna tidak kira apa warna kulit warga Amerika, mereka adalah sama. Ternyata, kesamaan di antara manusia berlainan warna kulit tidak membawa hasil baik. Ini bermakna segala-gala termasuk peluang harus bersandarkan kepada merit. 4.   Benar, terdapat seorang lelaki kulit hitam duduk di kerusi Presiden dalam Rumah Putih. Pernah juga terdapat seorang genaral kulit hitam sebagai Ketua Pertahanan Amerika dan seorang lagi sebagai Setiausaha
MAKLUM BALAS DARIPADA 1MDB 1.   Dikatakan segala kritikan saya mengenai 1MDB adalah salah, tetapi tiada bukti diberikan. Jawapannya diberikan adalah ia rahsia Kerajaan. 2.   Saya tahu mengenai keengganan TIA membenarkan produk masa hadapan mereka iaitu telaga minyak negeri Terengganu digunakan sebagai cagaran melalui perbualan saya dengan pihak yang terbabit dalam TIA. Kerajaan Persekutuan menjadi penjamin untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion kerana negeri Terengganu telah menolak idea yang tidak masuk akal itu. Kenapakah negeri Terenggnu menarik diri daripada cadangan Kerajaan Persekutuan yang ingin mencagarkan telaga minyak baharu negeri Terengganu. 3.   Tiada dokumen Kabinet dibentangkan untuk pinjaman berjumlah RM5 bilion. Tunjukkan dokumen tersebut untuk paparan umum. Sudah tentu anda akan berkata dokumen Kabinet adalah rahsia. 4.   Jika pinjaman tersebut bukan off budget maka tunjukkan ia terdapat dalam peruntukan belanjawan tahunan Kerajaan untuk memperoleh pinjam
LEBIH BANYAK PELABURAN OLEH 1MDB 1.   1MDB membuat usahasama dengan Petro Saudi. Ia bukan syarikat milik Kerajaan Saudi. 1MDB telah membayar ASD 1 bilion untuk 40% saham usahasama. Sehingga kini, dapat dipastikan Petro Saudi tidak membayar satu sen pun. 2.   Kemudian, Petro Saudi dikatakan telah membeli aset milik Petro Saudi International yang tidak dimiliki oleh Petro Saudi. Usahasama di antara 1MDB dengan Petro Saudi meminta 1MDB membayar ASD 700 juta untuk membayar hutang daripada Petro Saudi International kepada Petro Saudi. 3.   Hak pemilikan telaga minyak di Argentina dan Kazakhstan (atau di Turkmenistan) serta hak pemilikan kapal pengorek juga tidak begitu jelas. 4.   Tiba-tiba pembayaran sebanyak ASD 300 juta oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha. Kelihatan seolah-olah ASD 300 juta telah bertukar tangan dengan sepantas kilat. Kita benar-benar tidak tahu di manakah wang itu berada. Dan, 1MDB juga tidak akan memberitahu kepada kita. 5.   Kemudian, terda
KISAH 1MDB 1.   Komen-komen di blog saya dan ramai yang menanyakan soalan kepada saya ketika saya membeli-belah, amat jelas ramai yang tidak mengetahui secara jelas mengenai 1MDB. Mereka tahu yang Najib telah melakukan perkara salah dengan wang pinjaman berjumlah RM42 billion tetapi tidak jelas apa kesalahannya sehingga saya memintanya meletak jawatan. 2.   Maka, saya fikir saya harus menerangkan kesalahan di dalam 1MDB secara berperingkat. The Terengganu Investment Authority 3.   Pertama sekali, percubaan untuk merampas wang milik Terengganu Investment Authority (TIA). Petronas membayar 5% daripada pendapatan kasar kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tahun demi tahun, jumlah royalti ini telah bertambah kepada jumlah besar. 4.   Jho Low telah memujuk Najib untuk menjadikan TIA sebagai dana berdaulat untuk tujuan pelaburan seperti Kuwait Investment Fund tetapi berada dalam kawalan Najib. Pengambilan pekerja dilakukan oleh Najib tanpa pengetahuan negeri Terengganu. Pada
SIAPAKAH DI SEBALIK KRISIS 1.   Perdana Menteri berkata Dr. M (iaitu saya) di sebalik krisis ini. 2.   Saya akan mengaku bahawa saya ialah orangnya di sebalik 'krisis' ini. Saya berada di sebalik krisis ini kerana terdapat suasana takut dalam negara ini. 3.   Ramai orang mengetahui mengenai kehilangan wang berjumlah berbillion Ringgit oleh 1MDB. Mereka ini mengetahui kehilangan wang ini kerana mereka telah melihat bukti kehilangan ini. Akan tetapi, mereka takut akan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan terhadap mereka. Berkemungkinan mereka akan kehilangan kerja atau kontrak atau anugerah dll. 4.   Maka, mereka datang dan memberitahu kepada saya. Mereka meminta saya berbuat 'sesuatu'. Saya mengelak untuk jangka masa panjang kerana saya tahu jika saya mendedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan Perdana Menteri disoal siasat. 5.   Saya berbuat memberitahu beliau di sebalik tabir. Akan tetapi, tidak berkesan. Saya memberitahu Perdana Mente
BAGAIMANAKAH WANG 1MDB DILABURKAN 1.   Saya teruja dengan kebolehan 1MDB melaburkan 42 billion Ringgit dalam pelbagai bidang perniagaan. Saya sepatutnya berpuas hati dengan cara 1MDB menggunakan wang pinjamannya. 2.   Akan tetapi, saya tidak berpuas hati. Saya tidak berpuas hati kerana maklumat ini datang daripada KPE baharu, Arul Kanda Kandasamy. Dan Arul telah didapati berbohong beberapa kali. 3.   Sejurus selepas beliau mengambil alih pengurusan 1MDB, beliau mengumumkan wang dari Kepulauan Cayman telah dibawa balik. Beliau menyatakan secara jelas dan secara terbuka bahawa beliau sendiri melihat wang tunai sebanyak satu billion dolar. Kemudian, beliau berkata ia adalah penyata. Penyata apakah itu? Akhirnya, pihak bank menyatakan tiada wang tunai dalam bank dan hanya dokumen disimpan dan dokumen itu ditandatangani dengan tandatangan palsu. 4.   Maka, beliau memberitahu kepada Perdana Menteri mengenai himpunan besar wang tunai dolar dan Perdana Menteri menjawab soalan di
LEGASI 1.   Baru-baru ini, sahabat saya melawat saya di pejabat. Ketika saya menjadi PM, saya banyak membantu beliau, bukan dengan wang atau projek tetapi dengan memudahkan proses birokrasi untuk projeknya. Hasilnya, beliau menjadi ahli pendidikan yang sangat berjaya dan mampu mengembang ke luar negara. Saya menganggap bantuan saya penting kerana kadang-kala proses birokrasi boleh melengahkan atau menjadi penghalang. Saya berbuat begini kepada semua orang dan mereka amat berterima kasih terutama sekali sahabat saya ini. 2.   Sekali-sekala beliau akan datang berjumpa dengan saya untuk berbincang mengenai isu semasa. Beliau bimbang dengan polisi dan persembahan Kerajaan Najib. Beliau meminta saya berbuat sesuatu. 3.   Akan tetapi, kunjungan beliau kali ini menunjukkan beliau telah berubah. 4.   Beliau meminta saya berulang kali agar tidak 'menyerang' PM. Saya menjelaskan kepada beliau kenapa saya berbuat demikian. Akan tetapi, beliau terus meminta saya berhenti d
PENSTRUKTURAN SEMULA IMDB 1.  Menteri Kewangan II telah mempersembahkan kepada Kabinet pelan penstrukturan semula 1MDB yang mampu menyelesaikan semua masalah. Saya ingin ulang sekali lagi bahawa pembayaran semula hutang 1MDB tidak akan membebaskan peminjam daripada tanggungjawab menghilangkan wang tersebut. Wang tersebut tidak hilang menerusi pelaburan yang merugikan tetapi ia telah hilang begitu sahaja. Ada orang mengetahui bagaimanakah wang itu hilang dan siapa yang menyimpan wang tersebut. Akan tetapi, orang berkenaan tidak bercakap. 2.   Sekarang mengenai proses penstrukturan semula. 3.   IPIC dikatakan telah melabur sebanyak ASD 1 billion ke dalam akaun 1MDB. Ia bukan hutang seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan II. Sudah tentu ia bukannya hadiah. Apa yang IPIC perolehi daripada 1MDB untuk ASD 1 billion yang dilaburkannya. Sudah tentu IPIC memperolehi aset-aset 1MDB 4.   IPIC mungkin akan melabur ASD 3 billion lagi. Wang ini akan digunakan untuk membayar balik