PEMECATAN DAN POPULARITI 1. Saya telah dipecat dari Petronas. Keputusan itu dibuat oleh Kabinet. Perkara ini menjadi sangat penting untuk Kerajaan. 2. Sebenarnya, saya dah lama letak jawatan dari Petronas. Akan tetapi, Petronas enggan menerima peletakan jawatan saya atau menerima elaun yang saya kembalikan. Mereka bertegas dan memasukkan elaun bulanan saya ke dalam akaun. Saya meletak jawatan kerana saya tidak menjadi penasihat yang memberi nasihat dan dibayar dengan tidak melakukan kerja. 3. Kini, penyokong Najib mahu saya dipecat dari Proton dan Perdana Leadership Foundation (PLF). Kedua-dua badan ini tidak dimiliki oleh Kerajaan. Akan tetapi, terdapat halangan kecil untuk Kerajaan mendakwa sesiapa di bawah undang-undang melindungi keganasan. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku contohnya mengugut akan bankrapkan Proton atau mengganggu orang yang menubuhkan PLF supaya saya boleh dibuang. Perkara seumpama ini adalah demokratik. 4. Kebe...