Skip to main content

Posts

Showing posts from July 15, 2015
PEMBERI MAKLUMAT 1.   Malaysia ingin menjadi negara yang mempercayai hak kemanusiaan, mempercayai demokrasi dan mempercayai peraturan undang-undang. 2.   Kita mansuhkan ISA, Akta Keselamatan Dalam Negara dan undang-undang mengawal kebebasan penjenayah berulang. 3.   Kita hampir memansuhkan Akta Anti Hasutan yang mungkin akan mendapat banyak pujian. 4.   Kita meringkik sumbangan kita dalam melindungi pemberi maklumat. Mereka ini bagus kerana mereka dapat menghalang orang lain daripada membuat kesalahan. Mereka mendedahkan orang jahat dan membawa pihak yang bersalah ini ke muka pengadilan. 5.   Kerajaan menyatakan pemberi maklumat harus dilindungi. Ini kerana mereka ini amat berguna untuk masyarakat kita. 6.   Kemudian pemberi maklumat mendedahkan salah laku Ketua Kerajaan. Tiba-tiba apa yang dianggap betul menjadi salah. Pemberi maklumat ini harus disiasat dan dihukum. Tidakkah pemberi maklumat tahu bahawa mereka tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai Perdana