Skip to main content

Posts

Showing posts from February 20, 2015
Legenda-legenda cinta Legenda-legenda ini tidak hanya menangkap daya imaginasi kita tetapi ia juga merangkap identiti kebudayaan kita, ditulis oleh ninotaziz. Cinta. Konsepnya sahaja telah mempesonakan kita dari berzaman-zaman. Daripada Anthony dan Cleopatra . Tristan dan Isolde. Laila Majnun. Dari masa para penglipur lara dapat menguasai perhatian pendengar di sekeliling unggun api yang bernyala, di istana diraja dan di pertunjukan teater terhebat di dunia, legenda-legenda cinta - merangkumi kesakitan, mengagumkan dan bisikan kata-kata cinta - telah menawan daya imaginasi kita. Dengan perasaan sambutan Hari Kekasih yang belum reda, mari kita selidiki subjek yang menakjubkan ini. SATU PERSOALAN MENGENAI ASAL-USUL DAN IDENTITI KEBUDYAAAN Kadang kala legenda dapat mendorong kita, terutama sekali legenda-legenda cinta yang mengandungi identiti kebudayaan kita. Mengikut peredaran masa, legenda ini berubah dan diubahsuai mengikut keadaan atau mengikut budaya semasa. Denga...