Undang-undang baru sedang digubal untuk pengguna dron TERBANG TINGGI : Kegilaan terbaharu - dron - mengundang pelbagai pendapat. Ada yang berpendapat objek terbang tanpa pemandu ini boleh mengundang ancaman serius kepada orang awam, para pengguna pula menyatakan ia hanyalah bertujuan untuk permainan dan keseronokan. Golongan profesional kesihatan yakin teknologi baharu ini mampu memecah kekangan dalam dunia perubatan. Bagaimana pun, semua pihak bersetuju ketiadaan peraturan dan undnag-undang merupakan masalah serius. Peminat dron rekreasi ini akan dikawal selia menerusi undang-undang yang sedang digubal oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Penolong Pengarah Kanan DCA, sektor pengurusan trafik udara, Mior Adli Moir Sallehuddin, bagaimanapun berkata, draf undang-undang yang akan meliputi kesemua pengguna Unmanned Aircraft System (UAS) belum dimuktamadkan. "Buat masa ini, terdapat peraturan dan undang-undang bagi pengguna UAS mengikut Aeronautical Information Ci...