Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015
Siapakah mengasaskan Kuala Lumpur? MENCARI JAWAPAN : Siapakah pengasas sebenar Kuala Lumpur? Adakah Sutan Puasa, Yap Ah Loy atau Raja Abdullah? Perkara ini dibangkitkan oleh pakar warisan dan penulis Abdur-Razzaq Lubis. Beliau sedang menulis buku bertajuk Sutan Puasa : Founder of Kuala Lumpur 1800s - 1908 . Pada bulan September 2013, Abdur-Razzaq Lubis telah menulis satu kertas kerja mengenai Sutan Puasa untuk Journal of Southeast Asian Architecture di Singapura dan buku mengenai subjek itu dalam proses penghasilan. Ia akan membabadkan sejarah perihal Sutan Puasa yang berhijrah dari Mandailing di Sumatra dan akhirnya menempat dan mengasaskan Kuala Lumpur dalam tahun 1830-an. Sejak penubuhannya, Kuala Lumpur merupakan tambatan tepi sungai dan menjadi penempatan pelombongan di kawasan pedalaman. Perkembangan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan dan pusat komersil dipelopori oleh sifat kepimpinan usahawan oleh Sutan Puasa. Pada tahun 1850, sudah terdapat dua buah j
Merisikokan nyawa anda BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN: Telefon pintar dan tablet menjadi teman bagi semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, pakar perubatan memberitahu alat yang harus dimiliki ini boleh mengundang risiko kesihatan yang amat berbahaya. Pada tahun lepas, di Australia, ibu kepada dua orang anak didapati meninggal dunia ketika memakai fon kepala dan terdapat kesan terbakar di bahagian telinga dan di bahagian dadanya dengan kemungkinan pengecas yang rosak telah menyebabkan pertambahan aliran arus elektrik tinggi melalui badannya. Pada tahun 2013, pramugari dari negara China telah terkorban akibat daripada kejutan elektrik ketika menggunakan telefon pintar. Dikatakan kemungkinan pengecas telefon pintarnya adalah penyebabnya. Walaupun kematian yang tidak diduga seperti ini dapat dielakkan dengan menggunakan produk tulen, bahaya dalam penggunaan peralatan mobil, tidak kira tulen atau tiruan tetap ada. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan pera
KONSPIRASI 1.   Terdapat banyak cakap-cakap oleh sesetengah orang mengenai konspirasi untuk menggulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri. 2.   Adakah terdapat konspirasi? Adakah terdapat seseorang atau kumpulan sedang melakukan konspirasi, sebagai contoh, gerakan bawah tanah untuk menggulingkan Najib. Mungkin terdapat gerakan seperti itu sebelum ini tetapi selain daripada ada pihak yang merungut secara tertutup mengenai ketidak puasan mereka mengenai pentadbiran Najib, tiada siapa yang merancang untuk menggulingkan beliau. Ini tidak bermakna mereka mengalu-alukan cadangan untuk beliau meletak jawatan atau mengosongkan kerusi. Tidak terdapat perancangan aktif dan perancangan bawah tanah. 3.   Apa yang kita semua sedia maklum ialah saya secara terbuka telah meminta Najib meletak jawatan. Tiada konspirasi. Saya cuma membuat pengisytiharan secara terbuka ke seluruh negara bahawa saya ingin melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri. 4.   Maka, jika terdapat kepe
WANG TUNAI IALAH RAJA 1.   Memang benar apa yang dikatakan oleh Najib bahawa beliau tidak menurut nasihat saya. Akan tetapi, itu bukan sebab mengapa saya mahu beliau meletak jawatan. 2.   Semua orang tahu saya berkempen untuknya dalam Pilihanraya Umum Ke13 walaupun beliau enggan membina jambatan atau landasan elektrik berkembar. Beliau juga tidak menerima pandangan saya mengenai BR1M dan mengenai membawa sepanduk dengan tulisan " I Love PM", 1M4U" dan lain-lain perkara harus diberhentikan. Beliau juga tidak menerima banyak perkara lain yang saya larang atau saya minta beliau lakukan jika beliau ingin menjadi popular. Beliau berkata "Wang Tunai ialah Raja". Dan, saya masih menyokongnya semasa dan selepas Pilihanraya Umum Ke 13. 3.   Saya tidak meminta beliau meletak jawatan sehinggalah timbul skandal 1MDB. Beliau tidak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. 4.   Najib mempunyai penasihatnya sendiri termasuk tiga orang warga Britain.
PEMBERI MAKLUMAT 1.   Malaysia ingin menjadi negara yang mempercayai hak kemanusiaan, mempercayai demokrasi dan mempercayai peraturan undang-undang. 2.   Kita mansuhkan ISA, Akta Keselamatan Dalam Negara dan undang-undang mengawal kebebasan penjenayah berulang. 3.   Kita hampir memansuhkan Akta Anti Hasutan yang mungkin akan mendapat banyak pujian. 4.   Kita meringkik sumbangan kita dalam melindungi pemberi maklumat. Mereka ini bagus kerana mereka dapat menghalang orang lain daripada membuat kesalahan. Mereka mendedahkan orang jahat dan membawa pihak yang bersalah ini ke muka pengadilan. 5.   Kerajaan menyatakan pemberi maklumat harus dilindungi. Ini kerana mereka ini amat berguna untuk masyarakat kita. 6.   Kemudian pemberi maklumat mendedahkan salah laku Ketua Kerajaan. Tiba-tiba apa yang dianggap betul menjadi salah. Pemberi maklumat ini harus disiasat dan dihukum. Tidakkah pemberi maklumat tahu bahawa mereka tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai Perdana
SHAMED MALAYSIA 1.   I was censured by Anifah Aman, the Foreign Minister, that I shamed Malaysia by giving an interview to an American newspaper "The New York Times. 2.   Maybe Anifah never read American newspaper before and trying to tarnish my name by making it a basic to protect Prime Minister Najib. But the whole world knows about Dato Sri Najib, Jho Low and 1MDB. Famous newspapers in Washington, New York and London have published a lengthy article that occupied four pages about 1MDB scandal, Najib and his luxury lifstyle, his best friend Jho Low and his step son, Riza Aziz who financed a porn film title "The Wolf of Wall Street". 3.   A study by foreign experts claimed that Malaysia is one of top ten most corrupt country. 4.   But Anifah is not ashamed with these reports. There isn't even a single word about this from him. 5.   All these reports tarnishing Malaysia was made long before I critise Dato Sri Najib. 6.   If Anifah knows the me
CUKAI 1.   Salah satu pencapaian terbaik Malaysia adalah pemungutan cukai. Rakyat Malaysia membayar cukai dengan rela hati. Mereka takut akan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka. Mereka lebih takut penyerbuan dilakukan oleh penguatkuasa cukai pendapatan ke atas perniagaan dan kediaman mereka. Saya tahu mengenai perkara ini kerana saya juga pernah diserbu setelah saya dibuang oleh parti dan bekerja sebagai pengamal perubatan. 2.   Pihak penguatkuasa memegang potongan cek saya dan sebarang penerangan yang diberkan oleh saya kepada mereka tidak dapat menyakinkan mereka bahawa semua wang dalam akaun saya bukan milik saya. Akhirnya, saya terpaksa membayar dua kali ganda mengikut dakwaan mereka jumlah yang saya tidak isytiharkan.  3.   Pegawai penguatkuasa cukai pendapatan sering mencari sesiapa yang hidup di luar kemampuan mereka. Mereka akan menyerbu orang yang hidup luar kemampuan mereka dan memaksa mereka membayar cukai tambahan jika mereka berasa pihak te
PERSAINGAN BAIK 1.   Persaingan baik, kata KPE Malaysian Automotive Institute (The Edge Malaysia, June 22, 2015) . Ia memberi kebaikan kepada pengguna dan menggalakkan pemain industri untuk menjelajah ke pasaran eksport. 2.   Memang baik industri automotif Malaysia bersaing dengan kereta yang diimport dari Jepun, Korea, China dan Jerman. Secara kebetulan, negara-negara ini mengenakan syarat dan standard yang menghalang kereta Malaysia diimport ke negara mereka untuk bersaing. Jadi, pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak dapat menikmati kebaikan persaingan seperti rakan sejawat mereka di Malaysia. 3.   Kita dapat perhatikan dalam sukan, sebagai contoh, pertandingan diadakan di antara individu mengikut kategori umur atau dalam perlawanan bola sepak mengikut divisi. Dalam permainan golf, handikap diberikan bagi memastikan persaingan yang adil. 4.   Dalam semua persaingan, keadaannya sama sahaja. Kita bandingkan buah epal dengan buah epal dan bukannya buah epal de