Skip to main content

Posts

Showing posts from December 31, 2015
TPPA 1.   Pihak Kerajaan tidak peduli akan apa saja cara penentangan dilakukan oleh sesiapa saja di Malaysia atau di luar negara yang meminta agar tidak menandatangani TPPA. Mereka akan meneruskan juga menandatangani perjanjian ini. 2.   Menteri MITI menyakinkan kita bahawa kita boleh membatalkan perjanjian ini pada bila-bila masa. 3.   Benar, kita boleh membatalkan perjanjian ini. Akan tetapi, ia tidak mudah untuk dilakukan dan melibatkan kos yang akan memufliskan kita. 4.   Dalam perjanjian TPPA, pihak syarikat boleh menyaman Kerajaan untuk kehilangan keuntungan termasuk keuntungan masa hadapan jika tindakan Kerajaan menyebabkan kerugian. 5.   Dalam satu kes yang berlaku di sebuah negara di Latin Amerika, pihak Kerajaan mengambil keputusan untuk menghentikan operasi perlombongan yang diberikan kepada sebuah syarikat Amerika. Pihak syarikat Amerika menyaman Kerajaan di atas kehilangan keuntungan termasuk keuntungan masa hadapan yang berjumlah beberapa bilion AS Dola