Harta karun Asia BERNILAI TINGGI Muzium Warisan akan menempatkan artifak dan barangan peninggalan berusia 6,000 tahun dahulu. Kisah ini umpama kisah-kisah yang terkenal kerana terdapat seorang pencari harta karun penyangak dan harta berupa artifak serta barangan peninggalan arkeologi unik bertaraf dunia. Barangan peninggalan ini berusia 6,000 tahun dahulu dan berasal dari zaman prasejarah Cina, Melayu dan bahagian Timur dunia yang berbeza. Sungguh mengagumkan, harta karun sehebat ini dengan jumlah bilangan yang banyak serta nilai sebenar belum diketahui tetapi kemungkinan nilainya lebih tinggi daripada jangkaan kita, disimpan dengan selamat di beberapa lokasi yang tidak menonjol di sekitar Lembah Klang. Barangan peninggalan in sedang menunggu tempat sesuai dan masa sesuai untuk memperlihatkan dirinya. Akhirnya, masa itu telah tiba - penantian ini dijangka akan berakhir pada bulan Mac tahun hadapan setelah hak penjagaan barangan peninggalan gemilang ini dapat disel...