Skip to main content

Posts

Showing posts from April 1, 2016
NAJIB DIBUKTIKAN BENAR 1.   Menurut laporan suratkhabar, siaran ABC telahmengesahkan dana yang diterima hadiah yang boleh digunakan mengikut keperluan oleh PM. 2.   In berita baik. Sekarang TV milik Kerajaan harus menyiarkan berita ABC agar rakyat mempercayai kebenaran Najib. 3.   Akan tetapi, jangan siarkan sebahagian konteks. Siarkan keseluruhan siaran ABC untuk membukitkan kebenaran Najib. Barulah rakyat akan nerasa yakin. Bersikap jujur dan buktikan bahawa Najib hanya berkata benar, semuanya benar belaka dan tiada lain kecuali benar. 4.   Bagi membuktikan beliau berkata benar, tubuhkan satu suruhanjaya yang adil untuk menggantikan pasukan petugas yang telah dilemahkan dan siasat dari sudut manakah siasatan mengenai wang derma telah dihentikan oleh pasukan petugas terdahulu. 5.   Menggunakan kenyataan daripada ahli politik, terutama yang tidak berwibawa tidak dapat menyakinkan rakyat. 6.   Kita perlukan penulis surat tersebut yang mendakwa beliau yang memberi de