Thursday, 28 January 2016

KE MANAKAH KAMU HENDAK PERGI MALAYSIA

1.   Di Malaysia, Peguam Negara memutuskan sama ada undang-undang telah dilanggar atau tidak. Sebenarnya, keputusan itu adalah penghakiman. Peguam Negara ialah hakim juga pendakwa. Ini sudah menjadi ketidak adilan. 

2.   Saya mengaku saya tidak merasa terkejut apabila Peguam Negara memutuskan bahawa laporan yang kemukakan oleh SPRM tidak menunjukkan Perdana Menteri telah melakukan sebarang perlakuan jenayah apabila 2.6 bilion Ringgit berada yang di dalam akaun peribadinya atau terdapat tambahan sebanyak 42 juta Ringgit juga berada dalam akaun peribadinya. Saya telah nyatakan bahawa ini yang akan diputuskan oleh beliau.

3.   Hanya mempunyai wang sebanyak ini di dalam akaun Perdana Menteri sudah menjadi kesalahan walaupun ia bukan perlakuan jenayah. Akan tetapi, sekarang P.N. mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah hadiah daripada orang Saudi.

4.   Kelihatan terdapat sepucuk surat daripada orang Saudi yang menyatakan bahawa wang berjumlah AS681 juta atau RM2.08 bilion adalah derma di atas usaha Perdana Menteri menentang pengganas Islam. Siapakah orang Arab ini, bagaimanakah beliau mampu mempunyai wang sebegini banyak untuk diberikan, apakah perniagaan beliau, apakah nama bank beliau, bagaimanakah wang ini dipindahkan, dokumen apa yang boleh membuktikan ini. Hanya sepucuk surat daripada seseorang yang telah meninggal dunia atau tiada mempunyai entiti sudah cukup untuk Peguam Negara.

5.   Kemudian beliau meneruskan lagi dengan menyatakan bahawa baki wang berjumlah AS 620 bilion atau RM2.03 bilion telah dipulangkan semula kepada beliau. Bagaimanakah atau bilakah ini berlaku? Kita diberitahu bahawa baki wang tersebut telah dibekukan oleh Singapura. Bolehkah Singapura menjelaskan proses mengeluarkan dan dihantar semula kepada orang Saudi? Atau adakah Singapura turut mempercaya cerita hadiah percuma, surat dan pengakuan oleh orang Saudi.

6.   Singapura ialah pusat kewangan. Adakah ia begitu mudah untuk ditipu?

7.   Seterusnya, P.N. mengakhiri dengan menyatakan bahawa tidak terdapat kes untuk dijawab oleh Najib. Beliau juga mengarahkan SPRM menutup kes ini dan menghentikan penyiasatan.

8.   Seingat saya SPRM nerupakan badan bebas. Kini, ia kelihatan seolah-olah ia berada di bawah P.N. dan menerima arahan daripada beliau, Patutlah Malaysia berada antara sepuluh negara paling banyak rasuah di dunia. Agensi Pencegahan Rasuah tidak bebas.

9.   Saya berkata benar apabila saya meramalkan bahawa P.N. akan menolak laporan oleh SPRM seperti mana yang beliau lakukan dengan laporan oleh Bank Negara.

10.  Ramai orang sudah mengetahui kandungan kedua-dua laporan tersebut, Akan tetapi, mereka turut melihat apa yang akan berlaku apabila seseorang membuat laporan polis. Dan, mereka merasa takut.

11.  Saya juga merasa takut. Kini, undang-undang dan peraturan di Malaysia tidak lagi melindungi rakyat. OSA, misalnya, digunakan untuk melindungi laporan daripada sampai kepada orang ramai. Sebaliknya, orang ramai kini terdedah terhadap penyalahgunaan OSA dengan kemungkinan akan dipenjarakan. Malah, ISA pun tidak menakutkan orang ramai sebegini.

12.  Ke manakah kamu hendak pergi Malaysia.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 27hb. Januari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com