Skip to main content

Posts

Showing posts from February 25, 2016
TUN MUSA 1.   Sahabat karib saya, rakan sekerja, bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyalahkan saya di atas kegagalan mencapai Wawasan 2020. Ini kerana saya gagal membentuk pengganti saya. 2.   Kegagalan pertama saya ialah Tun Musa Hitam sendiri. Beliau tidak dapat menunggu saya bersara. Jadi beliau meletak jawatan setelah 5 tahun bersama saya sebagai Timbalan saya. Di dalam Kerajaan, penyokong beliau dikenali sebagai Kerajaan MM. 3.   Beliau berkeyakinan Majlis Tertinggi UMNO akan menjatuhkan saya dan melantik beliau sebagai Presiden. MT mengambil keputusan untuk memujuk beliau untuk kembali sebagai TPM dan Timbalan Presiden. Beliau kembali sebagai Timbalan Presiden. 4.   Dalam pilihanraya seterusnya, beliau memujuk pesaing dan musuh lama beliau, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bersaing bagi jawatan Presiden dan menentang saya. Beliau bersedia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden di bawah Tengku Razaleigh t