Skip to main content

Posts

Showing posts from September 15, 2014
SPRM : TIADA PEMBERI, TIADA PENERIMA Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa sektor swasta agar proaktif dalam menangani rasuah dengan tidak menawarkan rasuah. "Jika tidak ada pemberi, maka tidak ada penerima. Dengan ini, pesanan saya kepada mereka yang berada di sektor swasta adalah berhenti memberi rasuah walaupun sektor awam meminta daripada sektor swasta, jangan beri, kata Pengarah SPRM Bahagian Forensik, Datuk IG Chandran di sesi kedua 2014 CPA Kongress dalam 'Driving a Competitive Future'. "Pihak syarikat harus bersedia untuk kehilangan beberapa kontrak, jika mereka mendapati terdapat elemen rasuah. Akhirnya, prinsip beretika akan berjaya," katanya. Panel ini dikendalikan oleh penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat. Dua lagi panel adalah pengarah utama kumpulan AMMB Holdings Bhd Ashok Ramamurthy dan Ketua Displin Pemasaran Monash University Malaysia Associate Professor Brian Low.