Skip to main content

Posts

Showing posts from January 1, 2015
MENCARI KAPAL TERBANG TERHEMPAS Saya ingin menyampaikan rasa takziah saya pada keluarga semua penumpang dan anak kapal AirAisa Indonesia QZ8501 1.   Majalah Flight International bertarikh 14 - 20 Okt 2014 memaparkan sebuah rencana bertajuk "Searching for Answer".  Bersama-sama dengan rencana itu disertakan sekeping gambar kecil kapal terbang MH370 yang disiarkan dalam rencana lain *. 2.   Rencana ini berkaitan rencana lain bertajuk "Another rift in the competitive landscape between Airbus and Boeing".  Rencana ini mengutarakan bahawa Airbus bersedia maju ke hadapan dengan memasang data penerbangan letak atur (deployable flight data) , sistem perakam suara pada kapal terbang komersil tetapi Boeing yang telah memasang perakam letak atur ini sekurang-kurang pada tiga armada kapal terbang tentera tidak bersetuju sama ada teknologi ini sesuai atau selamat digunakan untuk pengangkutan komersil. 3.   Konsep Airbus adalah mengeluarkan salah satu daripada...