Rancang majlis untuk jimat belanja Merancang perkahwinan tidak mudah kerana terlalu banyak perlu difikir untuk disediakan demi memenuhi keperluan dan kemahuan mengikut cita rasa pasangan mempelai. Perbelanjaan untuk majlis perkahwinan memang besar terutama jika semua acara dibuat dengan penuh eksklusif. Rata-rata pasangan kini lebih bersikap terbuka dan memahami keadaan kewangan serta ekonomi cukup membimbangkan ketika ini. Antara langkah yang diambil adalah merancang perkahwinan dengan kos yang minimum. Aura membantu pasangan pengantin untuk membuat beberapa senarai semak atau tip yang boleh diguna pakai bagi mengurangkan kos! 1. Tarikh Elakkan memilih hari minggu. Ia kedengaran agak janggal untuk membuat majlis pada hari biasa tetapi ia berguna untuk anda. Sebagai contoh hari Jumaat. Elakkan juga memilih bulan yang kebiasaannya menjadi pilihan seperti cuti sekolah pada pertengahan atau akhir tahun. Ini dikhuatiri kos sewa tempat perkahwinan pada mus...