CUKAI 1. Salah satu pencapaian terbaik Malaysia adalah pemungutan cukai. Rakyat Malaysia membayar cukai dengan rela hati. Mereka takut akan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka. Mereka lebih takut penyerbuan dilakukan oleh penguatkuasa cukai pendapatan ke atas perniagaan dan kediaman mereka. Saya tahu mengenai perkara ini kerana saya juga pernah diserbu setelah saya dibuang oleh parti dan bekerja sebagai pengamal perubatan. 2. Pihak penguatkuasa memegang potongan cek saya dan sebarang penerangan yang diberkan oleh saya kepada mereka tidak dapat menyakinkan mereka bahawa semua wang dalam akaun saya bukan milik saya. Akhirnya, saya terpaksa membayar dua kali ganda mengikut dakwaan mereka jumlah yang saya tidak isytiharkan. 3. Pegawai penguatkuasa cukai pendapatan sering mencari sesiapa yang hidup di luar kemampuan mereka. Mereka akan menyerbu orang yang hidup luar kemampuan mereka dan memaksa mereka membayar cukai tambahan jika mer...