JANGKAUAN SEBUAH LEGENDA KUNO ninotaziz menjejaki pengaruh kisah Ramayana yang diceritakan melalui gaya penceritaan kuno di Nusantara Berlatar belakangkan Candi Prambaranin Jogjakarta yang dramatik, persembahan yang terkenal di seluruh dunia diadakan di kawasan terbuka. Persembahan ini merupakan salah satu tarikan utama di Kepulauan Jawa. Di bawah naungan langit malam dengan cuaca yang sempurna, 200 penari menghidupkan kisah Ramayana Ballet. Kisah Rama dan Sinta yang dilukis di dinding kuil dengan kemungkinan dilukis sejak millenia lalu. Persembahan yang berlangsung selama dua jam ini dipenuhi dengan ciri kebudayaan Jawa dan muzik Jawa mengisahkan sebuah kisah legenda. Kisah ini bermula dengan Rahwana yang jahat telah menculik cinta sejati Rama iaitu Sinta. Jatayu, burung yang bersaiz besar tetapi bersifat lemah lembut cuba menyelamatkan Sinta tetapi ditewaskan. Namun, ia terus mencari Rama dan memberitahu beliau bahawa isteri kesayangannya telah diculik oleh Rahwana. ...