PILIH BEG TANGAN Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bahkan akan dicemuh oleh rakan lain dan penampilan jadi serba tidak kena. Berikut panduan memilih beg tangan yang sesuai. KECIL DAN BERKILAT Beg tangan jenis ini memang sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang menyerlahkan gaya seseorang itu agar nampak anggun dan cantik ketika ke majlis formal. BADAN SAIZ BESAR Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas coraknya. Jangan sesekali memilih yang beropol-opol dan terlalu banyak kocek atau hiasan kerana akan membuatkan penampilan kelihatan berserabut serta tidak kemas. BEG KECIL Jika anda terlalu gemar menggayakan beg bertali kecil ketika bertugas. Pastikan anda ada beg lain yang lebih besar untuk menyimpan dokumen kerja yang penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit. Ini akan membuatkan and...