Pameran era keemasan Era keemasan seni dan kebudayaan dinasti Ming ditengahkan dalam pameran yang unik Terdapat perkara menarik di sebalik pameran musim luruh di Muzium British. Pameran musim luruh antara lain mempamerkan barangan dinasti Ming bernilai tinggi yang dipinjam dari koleksi muzium dan koleksi peribadi dari seluruh dunia. Terlindung di sebalik barangan ini adalah paparan perkara sebenar mitos Barat mengenai sejarah negara China. Saya tertarik dengan pameran ini yang diadakan di London dengan imej seekor naga pada sebuah balang berwarna-warni - apabila anda menyebut perkataan "Ming", imej pasu-pasu yang berwarna biru dan putih bernilai tinggi muncul di fikiran. Dan, kita menganggap barangan porselin bernilai tinggi ini dibuat di tanur empayar adalah sama yang dibawa balik oleh orang Mandarin Eropah dan para penjelajah. Ternyata, anggapan kita salah kerana kebanyakan barangan ini berasal dari zaman dinasti Qing dari kurun ke 16. Dinasti Ming memerintah s...