Skip to main content

Posts

Showing posts from March 28, 2015
SAYA DAN KUAN YEW 1.   Tidak kira apa tahap persahabatan kita, pemergian seseorang yang anda kenali pasti akan menyedihkan anda. 2.   Saya tidak boleh kata bahawa saya adalah kawan Kuan Yew. Akan tetapi, saya rasa sedih dengan pemergiannya. 3.   Kuan Yew sudah menjadi terkenal di usia muda lagi. Saya seorang pelajar di Singapura ketika saya membaca mengenainya yang mewakili kesatuan sekerja. 4.   Pertama kali saya bertemu dengan Kuan Yew pada 1964 ketika saya menjadi Ahli Parlimen setelah Singapura menyertai Malaysia pada 1963. Beberapa kali kami mempunyai perbezaan pendapat ketika perdebatan, bukan kerana permusuhan, cuma perbezaan pendapat mengenai apa yang baik untuk negara baharu dibentuk. Beliau menamakan saya sebagai salah seorang ultra Melayu yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan kaum di Singapura. Sebenarnya, saya tidak pernah ke Singapura untuk menimbulkan masalah. Orang lain yang tidak boleh saya namakan berbuat demikian. 5.   Tunku menghadiri mesyuara