Skip to main content

Posts

Showing posts from March 7, 2016
RAHSIA KERAJAAN 1.   Peguam Negara mahu hukuman rotan dan penjara dijatuhkan kepada sesiapa yang membocorkan rahsia Kerajaan. 2.   Ini menunjukkan pemikiran primitif beliau dan tidak mengikut ciri keislaman. Al-Quran berkali-kali menegaskan kepentingan keadilan dalam menjatuhkan hukuman. Hukuman yang setimpal dengan jenayah. Tidak boleh melampau. Jika anda mengikut ajaran Al-Quran, pesalah harus diadili dengan adil walaupun pesalah itu musuh kita.  3.   Akan tetapi, saya tidak akan komen mengenai pemikiran primitif beliau. Saya ingin menyoal, adakah Najib yang mempunyai 2.6 Bilion Ringgit dalam akaun peribadinya sedang melakukan tugasnya sebagai Perdana Menteri? Adakah terdapat dalam terma rujukan beliau yang membenarkan beliau menerima dana rahsia dan menyimpannya dalam akaun peribadinya. Tidak pernah Perdana Menteri Malaysia melakukan seperti ini. 4.   Terdapat prosedur dan peraturan dalam Kerajaan untuk menerima dan menguruskan dana. Najib tidak mengikut peraturan i