Harimau jadian merayau-rayau pada waktu malam BUKAN MITOS : Seorang pawang tradisional memberitahu A Shukor Rahman bahawa sesiapa yang menjadi harimau jadian tidak akan memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga mereka sendiri. Pada tahun lepas, Joane Le Roux manghabiskan beberapa bulan merentasi Malaysia dalam usahanya mencari harimau jadian. Tempat-tempat yang beliau kunjungi termasuk Gunung Angsi, Bukit Putus, Seri Menanti di Negri Sembilan dan Gunung Ledang dan Air Tawas di Johor. Ia adalah satu usaha yang sia-sia. Pawang tradisional Awang Din dari Kuala Muda, Kedah ketawa apabila diberitahu mengenai 'usaha kurang bijak' oleh Le Roux. "Macam ini, adakah orang yang waras fikirannya akan mengaku bahawa dia ialah harimau jadian? Takkanlah orang asing itu begitu naid?" kata Awang. "Harimau jadian" berasal dari Gunung Kerinci di Sumatra dan amalan ini dipercayai dibawa masuk ke Malaya pada 1865. Asalnya, ia bertujuan untuk mempert...