Friday, 31 July 2015

Siapakah mengasaskan Kuala Lumpur?

MENCARI JAWAPAN : Siapakah pengasas sebenar Kuala Lumpur? Adakah Sutan Puasa, Yap Ah Loy atau Raja Abdullah? Perkara ini dibangkitkan oleh pakar warisan dan penulis Abdur-Razzaq Lubis. Beliau sedang menulis buku bertajuk Sutan Puasa : Founder of Kuala Lumpur 1800s - 1908.



Pada bulan September 2013, Abdur-Razzaq Lubis telah menulis satu kertas kerja mengenai Sutan Puasa untuk Journal of Southeast Asian Architecture di Singapura dan buku mengenai subjek itu dalam proses penghasilan.



Ia akan membabadkan sejarah perihal Sutan Puasa yang berhijrah dari Mandailing di Sumatra dan akhirnya menempat dan mengasaskan Kuala Lumpur dalam tahun 1830-an. Sejak penubuhannya, Kuala Lumpur merupakan tambatan tepi sungai dan menjadi penempatan pelombongan di kawasan pedalaman.



Perkembangan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan dan pusat komersil dipelopori oleh sifat kepimpinan usahawan oleh Sutan Puasa. Pada tahun 1850, sudah terdapat dua buah jalan perniagaan di bawah pemerintahan kolonial yang dinamakan Market Street dan Java Street. Sutan Puasa tinggal di Ampang Street sebelum berpindah ke Batu Road dan akhirnya berpindah ke Chow Kit Road.



Jika kita mengkaji maklumat kontemporari, percanggahan pendapat mengenai keberasalan dan bapa pengasas Kuala Lumpur semakin jelas. Ilmuwan, penulis dan pengkritik budaya yang tinggal di London, Ziauddin-Sardar berkata : "Tanggapan sebenar sejarah konvensional mengenai Malaya adalah sebaliknya. Permulaan Kuala Lumpur bergantung kepada inspirasi corak kemantapan daya usaha orang Melayu."



Eric Thompson, pembantu professor di Department of Sociology of the National University of Singapore lebih hampir dengan konvensyen sejarah.



"Sama seperti banyak tempat yang dinamakan dengan nama Melayu, tapak itu dinamakan mengikut lanskapnya iaitu kuala sungai yang berlumpur atau 'kuala lumpur'.



Pada tahun 1859, pedagang Cina bersama-sama dengan pedagang Mandailing (dari Sumatra) menjadikan tapak ini sebagai pusat perdagangan apabila aktiviti pengeksportan timah bermula dari kawasan ini," katanya.



Kaum wanita Mandailing dari Ulu Klang terlibat dalam aktiviti pelombongan di Ulu Ampang dengan berkemungkinan mendulang dengan menggunakan dulang diperbuat daripada kayu di dasar sungai.



Nama asal "Kuala Lumpur" telah didebatkan lebih dari separuh kurun tanpa sebarang persetujuan.



Abdur-Razzaq berkata perkataan "lumpur" muncul pada tahun 1800 apabila orang-orang Mandailing mula meneroka perusahaan timah di Selangor.



Orang Mandailing turut mengasaskan Klian Baru (Kamunting) dan Klian Pauh (Taiping) setelah melarikan diri ke Selangor daripada Peperangan Klang (1867 - 1873).



Identiti pengasas sebenar Kuala Lumpur telah didebatkan secara mendalam hampir satu kurun lamanya iaitu sejak penubuhan penempatan pelabuhan sungai, yang dikenali sebagai ibu negara Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur lebih dikenali sebagai KL di kawasan sekitar mahupun di persada antarabangsa.



Versi Melayu menyatakan bahawa Raja Abdullah, nama yang dicadangkan oleh pentadbir kolonial, Winstedt, ialah pengasasnya sementara versi Cina pula menyatakan Yap Ah Loy ialah pengasasnya.



"Raja Abdullah ialah ketua Bugis yang berasal dari Riau dan bukannya orang Melayu. Yap Ah Loy ialah 'Kapitan Cina ketiga Kuala Lumpur. Jika terdapat pengasas Cina, ia seharusnya Kapitan Cina pertama Kuala Lumpur," kata Abdur-Razzaq yang mengutarakan bahawa Raja Abdullah tinggal di Pengkalan Batu (Kuala Klang) sejauh 41 km.



Kisah terawal mengenai sejarah negeri Selangor tidak langsung menyebut peranan beliau dalam mengasaskan Kuala Lumpur. Tidak pasti sama ada Raja Abdullah pernah menjejakkan kaki di bumi Kuala Lumpur.



Menyentuh mengenai siapakah yang pertama berada di Kuala Lumpur, kita tahu Sutan Puasa berada di Kuala Lumpur sebelum tahun 1850 lagi. Hui Siew dan Yap Ah Sze Keledek berada di sana pada tahun 1857. Liu Ngiam Kong, yang turut dikenali dengan nama Pak Loh Tsi muncul di Kuala Lumpur pada tahun 1861. Kesemua mereka ini dijemput datang ke Kuala Lumpur oleh Sutan Puasa. Yap Ah Loy hanya muncul di Kuala Lumpur pada tahun 1862," kata Abdur-Razzaq.



Sutan Puasa ialah bangsawan Mandailing dari Tobang di Upper Mandailing, Sumatra. Nama sebenar beliau ialah Sutan Naposom yang telah tercemar di semenanjung sebelum menukar namanya menjadi Sutan Puasa. Beliau berasal daripada suku Labis dan berpindah bersama-sama dengan orang sesukunya ke Selangor melalui Melaka sekitar tahun 1830.



Beliau ialah raja tetapi tidak jelas mengenai darjatnya. Ini kerana Raja Duri dikenal pasti sebagai ketua komuniti Mandailing di Kuala.



Sebagai pedagang yang terkenal, Sutan Puasa dipandang tinggi oleh komuniti bukan Sumatra terutama sekali oleh keluarga diraja Bugis, bangsawan Melayu dan komuniti peniaga kaum Cina.



Pengaruh, interaksi dan rangkaian beliau menjangkau garisan etnik dan geografi.



Beliau bertanggunjawab dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil di pedalaman Selangor sehingga awal tahun 1870-an sebelum era pemerintahan British lagi. Malah, beliau mendapat sokongan dan bantuan daripada Raja Asal, Raja Bilah dan lain-lain personaliti Mandailing selain daripada tiga Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama iaitu Hiu Siew, Liu Ngim Kong dan Yap Ah Loy.



Beliau telah mengubah Kuala Lumpur daripada sebuah perkampungan yang tidak penting kepada lokus aktiviti yang bersemangat dan bertenaga menerusi orang hubungannya, rangkaiannya, pengaruhnya, kekayaannya dan kepimpinannya.



Beliau kekal sebagai pedagang tin dan saudagar di Kuala Lumpur dan di Kajang. Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 dan dikebumikan di perkuburan Islam di Jalan Ampang.



Sumber : New Straits Times

Tarikh : 12hb. Julai 2015
Ditulis oleh : A Shukor Rahman
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com