Wednesday, 13 July 2016

THE POET AND THE KING

Once a upon a time, a King had a private poet. Sometimes he would ask the poet to read some good poems for him to enjoy.

One day the King decided to write a poem himself. After he finished writing, he called the poet and said, "Today I have tried hard to write a poem out of my own experience. I want you to listen to it carefully."

He then begin to read the poem with as much feeling as he could. At the end, he turned to the poet and said, "How was it?". The poet paused a moment and said, "Your Excellency, unfortunately I have to say that it was not so strong. It's a very poor work." The King became angry and asked the soldiers to send him to the stable for two nights because of his bad judgement!.

A few months later, the King tried to test his ability in writing again. He then called for the poet and read him the poem. After he finished reading, he turned to the poet and said, "How was this one?". The poet stood up in silence and started walking away. The King looked at him in surprise and said, "Where are you going then?".

"To the stable". The poet answered as he continued walking.

RAJA DAN PENYAIR

Pada suatu masa dahulu, Raja di sebuah negeri mempunyai seorang penyair peribadi. Kadang kala Baginda akan meminta penyair peribadinya membacakan beberapa sajak yang merdu untuk hiburan Baginda.

Pada suatu hari, Baginda mengambil keputusan untuk menulis sendiri sebuah sajak. Setelah Baginda selesai menulis, Baginda memanggil penyair Baginda dan berkata, "Hari ini Beta telah cuba menulis sebuah sajak daripada pengalaman Beta sendiri. Beta mahu tuan hamba mendengarnya dengan teliti."

Baginda mula membaca sajak tersebut dengan penuh perasaan. Setelah selesai membaca, Baginda menoleh ke arah penyair Baginda dan bertanya, "Jadi, bagaimana?". Penyair Raja berfikir sejenak dan berkata, "Tuanku, patik terpaksa berkata bahawa sajak itu tidak bagus. Ia hasil kerja yang lemah." Raja menjadi sangat marah dan mengarahkan tentera Baginda menghantar penyair itu ke kandang kuda untuk dua malam disebabkan komen salahnya!.

Beberapa bulan kemudian, Raja mencuba sekali lagi kebolehan Baginda untuk menulis. Baginda memanggil sekali lagi memanggil penyair Baginda dan membacakan sajak yang ditulisnya. Setelah selesai membaca, Baginda menoleh ke arah penyair dan berkata, "Bagaimana dengan yang ini?". Penyair itu bangun tanpa berkata apa-apa dan mula berjalan keluar. Raja berasa terkejut melihatnya dan bertanya, " Ke manakah tuan hamba hendak pergi?"

"Ke kandang kuda". Penyair itu menjawab sambil berjalan keluar.

Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
**Jika memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hantarkan ke alamat e-mel tertera di atas. 

ORANG-ORANG BODOH

1.   Saya diberitahu bahawa Sarawak Report berjaya mendapat rahsia rasmi laporan Audit Negara mengenai 1MDB dan mereka kata ia satu laporan yang teruk. Terdapat banyak laporan salah termasuk jenayah yang dilakukan oleh orang-orang dalam 1MDB termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat sehingga didorong untuk membawa tuduhan jenayah dibawa ke atas Pengerusi dan para pekerja 1MDB.

2.   Akan tetapi, kita semua tahu bahawa P.N. terdahulu - Peguam Negara telah mengisytiharkan bahawa laporan Audit Negara tidak menunjukkan Najib telah melakukan sebarang kesalahan atau jenayah. P.N. sekarang telah menolak laporan P.N. terdahulu tetapi beliau menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang awam mengakses untuk laporan ini.

3.   Sudah pasti, kedua-dua P.N., para pekerja di Jabatan Audit Negara, di pejabat Peguam Negara dan  di Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengetahui kandungan laporan ini tetapi mereka tidak akan buka mulut. Mulut mereka telah ditutup.

4.   Kemudian Menteri Kewangan II meletak jawatan daripada kesemua jawatan yang dipegangnya. Beliau tidak menjelaskan kenapakah beliau mengambil tindakan sedemikian. Beliau akan bertolak ke Jordan untuk belajar agama, nampak seperti mulut beliau juga ditutup. Beliau menjadi orang bodoh sekarang.

5.   Melihat kembali orang-orang yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB membuatkan kita berfikir bahawa mereka ini dipilih kerana mereka semua ini orang bodoh. Pasti ada banyak lagi orang bodoh seperti ini. Ada yang meletak jawatan dengan segera, ada yang mengambil masa panjang. Ada yang dipecat atau ditukar atau bersara. Persamaannya ialah mereka semua ini merana kerana tidak mampu bercakap. Mungkin juga mereka ini pekak tetapi yang pasti mereka ini bodoh.

6.   Saya percaya ada undang-undang yang menutup perlakukan jenayah. Malah, orang bodoh juga tidak terkecuali daripada undang-undang ini. Mereka ini mungkin bodoh tetapi mereka tidaklah sebegitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan antara betul dan salah. Mereka boleh membaca dan mereka boleh faham.

7.   Mahkamah tidak akan menerima rayuan mereka kerana menjadi bodoh. Mereka boleh mendakwa mereka ini dijadikan bodoh. Mungkin seseorang dijadikan bodoh. Mungkin dua orang atau tiga orang. Akan tetapi, tidak mungkin sekumpulan besar orang dijadikan orang bodoh. Rayuan mereka akan ditolak oleh mahkamah.

8.   Kemudian terdapat kata hati. Akan tetapi, terdapat mereka yang membohong dengan apa yang diketahui oleh mereka. Mereka ini tidak mungkin buta huruf sehingga tidak dapat membaca. Surat khabar, media pilihan dan pakar penyiasat seperti WSJ dan Sarawak Report tidak mungkin mereka penipuan membabit 1MDB seperti ini. Selagi laporan asli tidak didedahkan kepada umum, dakwaan oleh pengikut setia bahawa ia semua pembohongan tidak dapat dipercayai.

9.   Hari ini anda boleh bertindak bodoh. Masa akan tiba di masa semua ini tidak boleh dijadikan alasan. Walaupun, anda bertukar menjadi alim, ia tidak akan diterima.

10.  Kumpulan ketiga ialah kumpulan yang diberi dedak dan kumpulan keempat ialah penyokong yang tidak berfikir. Kumpulan ini percaya, sebagai Presiden parti, beliau berhak membuat sesuka hatinya termasuk mencuri seberapa banyak duit Kerajaan, Tak kisah sama ada satu milion atau satu bilion. Cuma tukar daripada huruf 'm' ke 'b' dan tambah tiga angka kosong - seperti tidak menambah apa-apa. Bagi orang seperti ini, 'mereka tidak menyoal kenapa, mereka hanya buat dan mati". "Presiden saya sentiasa betul, tetapi Presiden saya mungkin salah atau betul. Itu mentaliti mereka

11.  Disebabkan orang-orang bodoh ini, negara menjadi semakin teruk. Siapa peduli!!

12.  Hari perhitungan pasti akan tiba. Ia akan tiba dan diperhitungkan untuk semua orang. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan diluahkan. Agama tidak akan mengecualikan anda. Mengerjakan haji dengan wang yang dicuri tidak akan menghapuskan dosa anda. Kamu akan menerima balasan setimpal.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 12hb Julai 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com