LEGASI 1. Baru-baru ini, sahabat saya melawat saya di pejabat. Ketika saya menjadi PM, saya banyak membantu beliau, bukan dengan wang atau projek tetapi dengan memudahkan proses birokrasi untuk projeknya. Hasilnya, beliau menjadi ahli pendidikan yang sangat berjaya dan mampu mengembang ke luar negara. Saya menganggap bantuan saya penting kerana kadang-kala proses birokrasi boleh melengahkan atau menjadi penghalang. Saya berbuat begini kepada semua orang dan mereka amat berterima kasih terutama sekali sahabat saya ini. 2. Sekali-sekala beliau akan datang berjumpa dengan saya untuk berbincang mengenai isu semasa. Beliau bimbang dengan polisi dan persembahan Kerajaan Najib. Beliau meminta saya berbuat sesuatu. 3. Akan tetapi, kunjungan beliau kali ini menunjukkan beliau telah berubah. 4. Beliau meminta saya berulang kali agar tidak 'menyerang' PM. Saya menjelaskan kepada beliau kenapa saya berbuat demikian. Akan tetapi, beliau terus meminta saya...