Skip to main content

Posts

Showing posts from January 21, 2016
TPP 1.   Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI) berkata dua tahun diperlukan untuk menggubal 26 undang-undang untuk memenuhi permintaan TPP. 2.   Ini adalah pengakuan bahawa TPP menggongkong kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dilihat penting untuk negara. Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia penting dan baik untuk negera. Kini, undang-undang ini terpaksa diubah kerana TPP dilihat seolah-olah lebih berkuasa daripada kuasa Parlimen yang dipilih untuk menentukan undang-undang apa yang harus ada di Malaysia. 3.   Maka, undang-undang masa depan yang akan didebat harus tertakluk kepada permintaan atau syarat dalam TPP. Undang-undang yang sesuai dan betul tidak lagi cukup. Keperluan TPP lebih penting daripada keperluan Malaysia. 4.   Malaysia tidak sama seperti anggota lain dalam TPP. Kita mempunyai banyak perkara sensitif disebabkan oleh perkauman, perbezaan ekonomi, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan re