Skip to main content

Posts

Showing posts from June 4, 2017
Pemakanan Sihat Ramai daripada kita mengabaikan makanan sihat dan tidak lagi mengikut piramid makanan yang disarankan Kementerian Kesihatan. Kalau diperhatikan, masyarakat kita makan sepanjang masa - malah selepas jam 12 tengah malam masih ada yang melepak di kedai kopi menikmati nasi lemak atu roti canai. Tidak hairanlah jika Malaysia menduduki tangga pertama di rantau Asia Tenggara kerana mempunyai rakyat paling gemuk seiring kadar obesiti yang semakin meningkat setiap tahun. Itu belum dikira peningkatan pesakit kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi yang semuanya mempunyai kaitan rapat dengan tabiat makan. Semua orang tahu kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Makanan seimbang dapat menjauhkan kita daripada pelbagai penyakit. Makanan seimbang bermaksud makanan yang menyumbang semua nutrisi diperlukan badan seperti karbohidrat, protein, lemak, serat, bahan galian, vitamin dan asid lemak dalam kuantiti secukupnya. Pemakanan yang sihat seharu