Skip to main content

Posts

Showing posts from May 27, 2016
SAYA DAN MUKHRIZ 1.   Konco-konco Najib sering kali menyatakan tujuan saya ingin menyingkirkan Najib daripada jawatan PM adalah kerana beliau tidak promosi anak saya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Wartawan dari dalam negara dan luar negara menanyakan soalan ini. 2.   Saya tahu apa sahaja penjelasan saya berikan, ia tidak akan menghalang konco-konco Najib mengulangi tuduhan ini untuk mengalih perhatian daripada salah laku Najib. 3.   Jika itu tujuan saya, saya boleh promosi Mukhriz sebagai pemimpin UMNO sewaktu saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetapi saya tidak membenarkan anak-anak lelaki saya bertanding untuk apa-apa jawatan dalam UMNO atau menjadi calon dalam pilihanraya. 4.   Akan tetapi Mikhriz tidak dapat menjadi ahli kerana bahagian Kubang Pasu yang diketuai oleh saya enggan menerima beliau. Ini kerana Ibu Pejabat mengarahkan agar beliau diterima sebagai ahli sebelum saya bersara. 5.   Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen dan menang dan di