Skip to main content

Posts

Showing posts from August 12, 2015
Malaysia 1.   Saya pernah merasa gembira apabila ditanya mengenai Malaysia ketika saya berada di luar negara. Kini, tidak lagi. 2.   Orang luar dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara bertanya, "Apakah sedang berlaku di Malaysia?. 3.   "Ia seperti salah sebuah negara Afrika atau negara Arab". 4.   "Penuh dengan rasuah. Nilai matawang telah susut". Dan lain-lain. 5.   Saya tidak dapat jawab secara jujur. Saya tidak boleh menipu juga. Memalukan. Ini semua kerana 1MDB dan Najib. 6.   Saya mula rasa ada yang tidak kena dengan 1MDB apabila The Edge menyiarkan bahawa 1MDB telah membeli loji penjana kuasa melebihi harga pasaran dan wang pinjaman digunakan untuk membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%. 7.   Saya memunggu Kerajaan menafikan apa yang disiarkan oleh The Edge adalah betul. Kerajaan tidak berbuat demikian. Maka, saya tahu ada yang benar-benar tidak kena. 8.   Seterusnya, muncul cer...