KECAMAN 1. Saya berasa hairan dengan laporan di akhbar The Star bahawa beberapa penulis blog menyerang pengkritik 1MDB. Saya tidak berasa hairan terhadap para penulis blog ini. Saya telah mengetahui aktiviti mereka sejak kebelakangan ini. 2. Pada suatu ketika, para penulis blog ini adalah pengkritik Kerajaan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka telah berubah. Saya perasan perubahan ini. 3. Tetapi, saya menerima hak mereka untuk mengkritik saya. Dengan ini, saya tidak hairan dengan arah perubahan mereka. 4. Apa yang menghairankan saya ialah laporan mengenai hal ini oleh akhbar The Star. Kebiasaannya, media arus perdana dan akhbar The Star adalah salah satu daripadanya, tidak akan melaporkan sebarang berita yang memberi gambaran tidak elok mengenai 'pihak berkuasa'. Tetapi sekarang, akhbar ini telah melakukan perkara yang tidak dapat difikirkan, walaupun akhbar ini melakukannya secara tidak langsung. 5. Saya adalah pe...