Skip to main content

Posts

Showing posts from March 26, 2017
RANCANG PERCUTIAN LEBIH AWAL Musim cuti sudah tiba lagi. Anda tidak ke mana-mana? Mungkin ada yang mahu membawa anak pulang ke kampung halaman berjumpa nenek dan datuknya. Mungkin ada yang hanya memerap di rumah. Mungkin juga ada yang memenuhkan cuti sekolah ini dengan menghantar anak mereka menjalani kursus motivasi atau perkhemahan. Mungkin ada tidak mempunyai perancangan langsung, manakala sebahagian yang lain barangkali mencongak mahu membawa anak bercuti. Walau apa pun pilihan anda, terpulang kepada cita rasa dan bajet masing-masing. Tidak bermakna cuti panjang anak anda dipersiakan begitu saja seandainya diisikan dengan banyak aktiviti lain yang berfaedah walaupun anda berada di rumah. Namun, kepada yang ingin membawa anak melancong, sama ada dalam atau luar negara, ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama. Pertama, rancang percutian anda terlebih dahulu. Sebaiknya, sebelum pergi bercuti, rancang dahulu percutian walaupun kita hanya mempunyai masa sem...