Skip to main content

Posts

Showing posts from May 3, 2015
1MDB 1.   Pengurusan kewangan kerajaan tertakluk kepada undang-undang, peraturan, kaedah dan amalan. Semua syarikat turut mempunyai sistem yang sama tetapi Kerajaan menguruskan wang dalam jumlah yang amat besar, iaitu wang rakyat dan ia amat penting sehingga para pengurus harus mengikut undang-undang. peraturan serta kaedah-kaedahnya. 2.   Amalan rasuah berlaku di hampir kesemua Kerajaan. Tetapi selalunya, ia melibatkan jumlah yang kecil. Tugas juruaudit disokong oleh pihak berkuasa anti-rasuah adalah untuk memastikan wang Kerajaan, walau sekecil mana tidak disalah guna, penyalahguaannya atau dicuri oleh pihak yang diberi kuasa menguruskan wang tersebut. 3.   Kerajaan boleh mengalami kerugian menerusi pelaburan yang merugikan dan kita mengetahui di manakah wang yang mengalami kerugian. Tetapi apabila sejumlah wang yang amat besar telah hilang dan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan wang tersebut harus menjawab kehilangan wang tersebut. Kehilangan berbeza d