Skip to main content

Posts

Showing posts from January 29, 2015
AUDIT KEKAYAAN 1.   Dulu kita miskin. Pada masa itu kita bercakap mengenai jutaan Ringgit. Sekarang kita kaya dan bercakap mengenai berbillion Ringgit. Sukar untuk memahami maksud berbillion Ringgit. Kita tidak perasan walaupun kerugian beberapa juta Ringgit. 2.  Saya membaca di surat khabar mengenai ada orang menyarankan kepada kerajaan supaya melanatik juruaudit luar agar kelihatan mempunyai lebih kredibiliti di mata oang ramai. 3.   Saya fikir ini satu cadangan baik. Tetapi, ia harus diberikan keapda agensi kerajaan lain, termasuk agensi yang tidak berurusan mengikut arahan umum kerajaan atau mengikut Skema Gaji. 4.   Keperluan untuk pelaksanaan cadangan ini memerlukan tindakan segera kerana sebahagian besar wang daripada hasil kekayaan Malaysia diperkembangkan dan diuruskan oleh kerajaan dan agensi kerajaan. Kita melihat entiti seperti Felda, KWSP, Tabung Haji membelanjakan berbillion Ringgit membeli harta di luar negara sementara agensi lain seperti MAHB dan Petron