Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022
PEMANASAN GLOBAL  1.  Sejak dekad lalu, manusia telah mula menyedari dan mengambil berat mengenai pemanasan global. Kita percaya pemanasan ini disebabkan oleh penghasilan haba daripada pelbagai jenis aktiviti-aktiviti manusia.  2.  Populasi dunia telah meningkat dengan pesat. Setiap orang daripada kita menghasilkan haba. Kita perlu memasak makanan dan memanaskan badan kita dalam musim sejuk. Kita membakar minyak untuk enjin kita serta penghasilan kuasa dan semua ini menghasilkan haba. 3.  Kita memotong hutan belantara dan melihat kebakaran hutan yang amat besar. Kesemua proses pembakaran ini menghasilkan haba dan karbon dioksida. Penambahan penempatan melibatkan pemotongan pokok yang mengurangkan haba dan penukaran  CO2 kepada Oksigen.  4. Semua ini menyumbang ke arah pemanasan global. Akan tetapi, kita tidak harus lupa bahawa bumi telah melalui banyak perubahan sejak jutaan tahun kewujudannya. 5. Kita sedar pada satu masa bumi ini didiami oleh dinosaur yang tinggal dalam hutan belanta