Skip to main content

Posts

Showing posts from May 5, 2016
SAGA 1MDB (BAHAGIAN II) 1.   1MDB dikatakan mengikut nasihat penasihat syarikat iaitu Perdana Menteri dan membeli tanah milik Kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga RM60/kps di kawasan di mana tanah berhampiran dijual dengan harga tinggi sebanyak RM7000/-kps. Najib yang juga Menteri Kewangan seharusnya menjual tanah milik Kerajaan dengan harga sehampir dengan harga pasaran. Menjual tanah Kerajaan dengan harga RM60/kps telah menyebabkan Kerajaan kehilangan banyak wang.  2.   Secara jelas menunjukkan konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan menjadi Penasihat 1MDB. Jika bukan Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang meluluskannya? Pegawai yang terbabit dalam meluluskan penjualan ini harus didakwa di atas kerugian wang Kerajaan.   3.   Tanah ini kemudiannya dinilai semula supaya jumlah aset 1MDB ditambah kepada RM50 bilion Ringgit. 4.   Juga, tanah lapangan terbang Sungai Besi dijual kepada 1MDB. Berapa harganya tidak diketahu...
SAGA 1MDB (BAHAGIAN 1) 1.   1MDB bukanlah dana kekayaan seperti yang digembar-gemburkan, kecuali untuk satu juta Ringgit wang yang disumbangkan oleh Kerajaan, baki sebanyak RM42,000,000,000 (empat puluh dua ribu juta) ialah wang pinjaman. Wang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ia ialah tanggungan yang ditanggung oleh 1MDB atau gagal membayar kembali, Kerajaan terpaksa membayar jumlah wang yang dipinjam bersama-sama dengan faedah yang dikenakan. Jumlah yang harus dibayar balik amat besar dan jika Kerajaan tidak dapat bayar kembali, Kerajaan akan menjadi muflis. Ini yang berlaku kepada Greek. 2.   Kemungkinan ini berlaku meletakkan tanggungjawab besar kepada pengurusan 1MDB dan terlepas pandang oleh Kerajaan serta dengan jelas menunjukkan pihak eksekutif 1MDB dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius. 3.   Shahrol, KPE 1MDB telah meminjam lima bilion Ringgit daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan...