Skip to main content

Posts

Showing posts from October 23, 2014
Perubahan iklim - tiada sesiapa kebal ____________________________________________________________________________ Kesan negatif perubahan iklim sudah mula dirasai oleh setiap pelusuk dunia, akan tetapi kebanyakan negara masih belum bersedia untuk menghadapi kesan berskala besar terhadap keselamatan makanan, pembekalan air dan kesihatan manusia. Dalam kajian menyeluruh yang diadakan mengenai kesan kenaikan tahap karbon dioksida dalam atmosfera, PBB dalam forum bertajuk Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) memberi amaran bahawa pemanasan global boleh melemahkan pertambahan ekonomi dan meningkatkan tahap kemiskinan. Para saintis telah mengenal pasti negara Britain sebagai salah sebuah negara yang berisiko tinggi untuk menghadapi kesan negatif secara langsung jika dibandingkan dengan negara serantau yang terdedah dengan perubahan iklim ini. Negara UK dan bahagian utara Eropah telah diberi amaran akan berlakunya banjir di bahagian negara yang berdekatan dengan pant