Skip to main content

Posts

Showing posts from November 6, 2015
SEMUA DALAM KEADAAN BAIK 1.   Surat khabar pada hari Rabu (4 November 2015) melaporkan bahawa kita tidak menghadapi krisis kewangan dan kita tidak menuju ke arah krisis kewangan. 2.   Lapan orang yang brpengaruh termasuk PM memberitahu kepada kita bahawa semua dalam keadaan baik. 3.   Baik, jika semua dalam keadaan baik, kenapakah perlu menahan individu kerana mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan negara? Jika mereka mensabotaj, sudah tentu perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan baik, ia akan menjadi disfungsi. 4.   Tetapi, adakah semuanya dalam keadaan baik. Tidak mungkin. Sistem perbankan dan sistem kewangan mungkin dalam keadaan baik tetapi terdapat petunjuk lain yang menunjukkan ekonomi negara tidak berada dalam keadaan baik.  5.   Ringgit Malaysia jatuh, 1 Ringgit ke 4.30 untuk ASD 1. Ini adalah nilai kejatuhan yang teruk dan berkemungkinan akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam ASD. 6...