Skip to main content

Posts

Showing posts from August 20, 2015
UNDANG-UNDANG DI TERBALIK 1.   Terdapat percubaan yang dilakukan secara terang-terangan oleh Najib dan para penyokongnya untuk menjadikan perkara tidak sah kepada sah dan sebaliknya. 2.   Maka, perbuatan Najib menghentikan penyiasatan terhadap 1MDB dan pemilikan wang sebanyak RM2.6 bilion oleh beliau dibuat seolah-olah sah dan betul sementara para penyiasat yang melakukan tugas mereka menurut undang-undang negara dituduh melakukan tugas mereka di luar bidang kuasa mereka dan ianya tidak sah. Bagi menyokong komen mereka, mereka mencipta terma rujukan untuk pasukan Petugas. 3.   Sebaliknya, beliau dan para penyokong beliau sedang cuba memberi gambaran seolah-olah undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen adalah tidak betul dan menyalahgunakan sistem demokrasi dan percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih adalah salah. Akan tetapi, semua orang tahu bahawa undi tidak percaya adalah sah. 4.   Najib seolah-olah sudah lupa bahawa BN telah menggulin...