Monday, 23 May 2016

KELEBIHAN PASPORT

1.   Kini, penapisan Najib akan dieksport. Media luar harus dikawal seperti mana media dikawal di Malaysia. Segala laporan yang memuji mengenai 1MDB, Petro Saudi, Kepulauan Cayman, British Virgin Island, 2.6 Ringgit yang telah dipulangkan, pemecatan ahli parti dan pemimpin yang gagal memuji semua perkara di atas dll.

2.   Bagaimanakah penapisan luar negara dan dikawal ini dilaksanakan. Mudah. Pasport ada kelebihannya. Rampas kelebihan ini daripada rakyat Malaysia.

3.   Rampas pasport mereka jika mereka gagal memuji Najib ketika ditemuramah oleh media luar negara. Perbuatan ini amat-amat demokratik. Semua negara yang mengamalkan demokrasi akan merampas pasport rakyat mereka jika mereka memberitahu perkara buruk kepada media asing mengenai pemimpin mereka. Rakyat Malaysia, di bawah pemerintahan demokrasi Najib harus melakukan perkara sama.

4.   Saya akan memulai dan menjadi contoh dalam memuji tinggi Najib dan 2.6 Ringgit dalam akaun peribadi ketika berada di luar negara. Sebarang ucapan dan jawapan diberikan oleh saya dalam mana-mana temuramah oleh media asing akan mengutarakan penahanan demokratik oleh Najib bagi sesiapa yang gagal melaporkan kepada polis mengenai tindakan Najib yang mengisytiharkan para pengkritiknya ialah pengganas. Saya juga akan menyentuh mengenai sumbangan hebat Najib untuk Islam sehingga orang Arab mendermakan ASD 681 juta. Juga akan menyentuh mengenai kebebasan berucap oleh wakil UMNO yang tidak dibenarkan bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun pemimpin hebat ini. 

5.   Pasport ada kelebihannya. Perkara ini dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan dan undang-undang ada menyatakan bahawa jika anda gagal memuji Najib, pasport akan dirampas.

6.   Apabila saya ke luar negara, saya akan memuji Najib dan Kerajaan demokratik beliau. Saya berjanji (dengan nada sinis) akan berbuat demikian.

7.   Tiga kali sahutan untuk 1MDB dan wang dalam poket PM.

8.   Kini negara menjadi penjara besar buat mereka yang tidak memuji Najib apabila berada di luar negara.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 23hb Mei 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com