Wednesday, 30 September 2015

UNDI TIDAK PERCAYA


1.   Saya ada membaca laporan bahawa Speaker Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa.

2.   Beliau mendakwa hanya beliau sahaja boleh membuat keputusan sama ada usul seumpama itu boleh dibentangkan atau tidak.

3.   Beliau berkata alasannya ialah Peraturan Majlis Mesyuarat Parlimen tidak mempunyai undang-undang mengenai perkara ini. Dan, perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

4.   Benar, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Ini kerana lima Perdana Menteri terdahulu tidak pernah mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi mereka juga mereka tidak pernah terbabit dalam skandal kewangan dan tuduhan membunuh.

5.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu membubarkan institusi yang menyiasat keberasalan dan lokasi wang tersebut berada sekarang.

6.   Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu meminjam RM42 bilion dengan kos tinggi untuk menubuhkan dana pembangunan yang terbabit dalam perjanjian yang meragukan.

7. Tidak pernah Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu melabur lebih daripada ASD satu bilion dalam projek usaha sama yang meragukan bersama syarikat Arab yang turut meragukan.

8.   Mereka tidak terbabit dalam membubarkan syarikat yang ditubuhkan 6 bulan terdahulu dan menukarkan modal 1MDB kepada pinjaman dengan rakan kongsi yang mereka sendiri fikir tidak sesuai.

9.   Akan tetapi, Najib terbabit dalam semua perkara di atas. Kini, selain daripada menyatakan bahawa aset 1MDB bernilai lebih daripada 42 bilion Ringgit yang dipinjam, beliau tidak dapat membuktikan di manakah wang itu berada sekarang. Aset sebenar 1MDB ialah tanah milik Kerajaan yang Najib sendiri luluskan supaya 1MDB membelinya pada harga yang amat rendah dan kemudiannya ditambah nilai sebanyak 500 kali lebih.

10.  Undi tidak percaya adalah demokratik. Parlimen mungkin tidak mempunyai peruntukan mengenainya tetapi termaktub dalam Perlembagaan, undang-undang tertinggi negara secara jelas ada menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen, beliau harus meletak jawatan. Perkara 43 (4) dalam Perlembagaan Negara menyatakan " Jika Perdana Menteri kehilangan sokongan majoriti wakil rakyat, maka, atas permintaan beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen, dan Perdana Menteri harus meletak jawatan.

11.  Jadi, adakah Speaker tidak mengikut perlembagaan?

12.  Hari ini jika kita ke luar negara, orang luar, terutama sekali wartawan mereka akan bertanya," Hei, apakah sedang berlaku pada negara anda?, Anda akan merasa malu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Pihak yang berupaya mengambil tindakan tidak berbuat demikian malah mereka mengaku secara terang-terangan bahawa mereka menerima jutaan ringgit daripada Perdana Menteri. Ini rasuah yang sangat teruk. Mereka ini menyokong PM kerana beliau memberikan wang kepada mereka, wang yang beliau sendiri tidak dapat menerangkan keberasalannya.

13.  Patutlah Malaysia kini berada dalam 10 negara yang paling tinggi rasuah di dunia. Dan, kini penyokong Kerajaan pun tidak menghormati Perlembagaan.

14.  Undi tidak percaya tidak dapat diadakan kerana Speaker tidak membenarkannya.

Sumber : Blog Chedet
Ditlus oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 29th September 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com